11/21/2008

kasih iman nurmujahadah

Sesungguhnya cintailah insan yang mampu menyinari cinta kita pada Ilahi... walaupun dalam diam itu lebih baik daripada terangan yang membawa seribu kemungkinan...

Suasana dingin yang mencengkam tubuhnya sejak 2 jam tadi serasa bagaikan menggigit hingga ke tulang hitam. Kurung biasa dan tudung litup yang membalut tubuhnya tidak mampu untuk mengurangkan kedinginan. Hampir 2 jam dia bertapa di dalam bilik belajar 24 jam Perpustakaan Sultanah Bahiyah ini. Selesa walaupun kadangkala kekusyukannya setiap terjejas lantaran ada pelajar yang tidak “mendiamkan” handphone mereka. Dia selesa mengunjungi PSB pada waktu-waktu pagi dan juga petang kerana tika ini tidak ramai pelajar yang sanggup untuk menghabiskan masa di PSB, masa-masa sebegini lebih sesuai untuk beradu di atas katil asrama.
“Assalamu'alaikum Ilmi…”, dia mendongak seraya membalas salam teman baiknya itu, Iman Nurmujahadah.
“Adah pun study jugak ker?”, hairan dia melihatkan wajah sugul teman nan satu ini.
“Erm… Adah cari bahan…”.
“Adah cari bahan ker cari orang?”,aqal nakal Raudhatul Ilmi mula memainkan peranannya diikuti dengan kenyitan mata.
“Ilmi..”, pantas jemari runcing itu mencari sasaran.
“Dia tak dak la Ilmi… Erm, Adah lapaq la jom pi makan..Jom la..”, bagai budak kecil Iman Nurmujahadah merengek pada teman baiknya, sebenarnya dia tidak ingin terus menjadi bahan usikan Raudhatul Ilmi lagi…
“Yelah tue…jab Ilmi nak kemas”, tak sampai hati rasanya untuk menghampakan harapan sahabat ni.

************************

Dia sukakan akhlak yang ditunjukkan oleh muslimin itu. Dia bukanlah seorang yang begitu mudah untuk jatuh hati. Malah, perkara inilah yang seringkali cuba dielakkan sepanjang usianya hampir 23 tahun. Bukan menolak jodoh tetapi dia masih terikat dengan amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikul dan dilaksanakan sebaik mungkin pada ibu dan abahnya. Dia masih belum bersedia lagipun rahsia hatinya biarlah hanya Dia yang tahu…jangan memberikan harapan kepada insane sedangkan kita sendiri masih mencari-cari harapan untuk meneruskan perjuangan di bumi Allah ini.
Tetapi kini…Pertemuan pertamanya semasa menghadiri Kursus Pengurusan Organisasi JPPK tidak lama dahulu masih berbekas di hatinya. Alunan ayat-ayat suci kalamullah yang dibacakan semasa qiammulail masih terngiang-ngiang lagi… mengusik nurani kewanitaannya…Dia terhutang budi dan nyawa pada Najmi Haqimie.
Najmi Haqimie, itulah nama yang berjaya mengetuk pintu hatinya. Namun, rahsia ini disimpan sekejab mungkin hanya pada raudhatul Ilmi sahaja dicurahkan rahsia hati ini. Kesopanan dan ketertiban Iman Haqimie dalam menjalinkan ikhwah dihormati. Kepimpinannya dalam meletakkan Islam sebagai asas perjuangan dikagumi. Aduhai, itulah anugerah Ilahi buat insane yang bernama Najmi Haqimie. Puas sudah dia berdoa agar nama dan ingatan terhadap muslimin pilihan itu dilupuskan daripada kanvas hatinya. Tadahan doa dan solat hajat terusan dilakukan. Namun ingatan nuraninya semakin kuat. Apakah ini ketentuan Ilahi? Ahh, tidak..Mungkin ia hanya mainan syaitan laknatullah yang cuba untuk menipiskan iman di hatinya…
Dia sedar saingannya terlalu hebat. Ukhtie Najihah, graduan diploma Pengajian Islam KIPSAS yang kini melanjutkan pengajian dalam bidang Psikologi juga khabarnya menaruh hati pada Iman Haqimie, lagi, Umi Farhana, hafizah Maahad Tahfiz Derga alor Setar, penuntut tahun 2 jurusan Pendidikan juga merisik ruang kosong di hati Iman Haqimie. Dia apa yang dia ada..? Hanya mimpi dan doa… atas satu sebab yang kukuh yang hanya dia dan Ilahi tahu mengapa dia berusaha bersungguh untuk melupakan adam itu. Lantaran itu, dia lebih senang untuk mendiamkan diri.

************************

Pertanyaan Ustaz Shamsuri mengenai masa depannya masih menjadi persoalan. Ya Allah, rupanya desas desus mengenai beberapa siswi yang merisik khabar dia daripada ustaz-ustaz di Pusat Islam terbukti ada benarnya, bukan sekadar usikan rafik-rafiknya. Siapalah dia? Dia hanyalah insane biasa, serba kekurangan. Dia sendiri masih terkapai-kapai mencari jalan keredhaan biarpun sudah terang disuluh ilmu yang dicari. Amanah Ilahi bukanlah suatu yang main-main.
“Enta, ana ni sekadar nak menyampaikan hasrat orang,” tenang sekali bicara Ustaz Shamsuri, lulusan Jordan berusia 35 tahun itu.
“Ada yang bertanya khabar. Memilih enta sebagai peneman hidup pembimbingnya menuju ke jalan Ilahi. Kalau enta sudah mempunyai calon, beritahulah, kalau belum cuba-cubalah pertimbangkan hal ini,”.
Bertemankan Syaiful Syahid, dia menunaikan juga janji untuk bertemu dengan ustaz yang dia hormati itu setelah diberitahu oleh seorang teman melalui sms. Rupanya ini yang ingin dibincangkan. Aduh, bersediakan dia…?
“Tak sangka pulak aku,siapalah agaknya yang menjadi Siti Khadijah ke2 nie. Beraninya dia…,” kagum Syaiful Syahid dengan tindakan muslimat itu. Seakan menyamai dan mungkin boleh dikatakan bahawa dia mencontohi kisah Siti Khadijah r.a yang meminang Rasulullah saw.
Jarang terjadi dalam sejarah mereka, muslimat membait muslimin. Selalunya muslimin yang akan menggunakan ustaz-ustaz di Pusat Islam, Darul Syifa’ untuk merisik seterusnya taqdim muslimat terpilih di hati. Lain pulak dengan kisah sahabat baiknya yang sorang nie. Syaiful Syahid tersenyum.
“Wallahualam..tak tahu lah..dalam ramai mengapa mesti Qimie…masalah-masalah...,” Syahid hanya mampu menggelengkan kepalanya.

************************

Pening kepalanya… Khabar yang disampaikan Amal Hayati mengenai fitnah yang terjadi ke atasnya sudah menjadi berita sensasi. Pada Raudhatul Ilmi, dia titiskan air mata… ya Allah, , mengapa semua ini terjadi. Dia dikatakan perempuan yang tak tahu malu, perigi buta yang mencari timba…macam-macam tohmahan dilemparkan padanya..
“Sabarlah Adah, biar Allah sahaja yang membalas perbuatan mereka ini,” simpati Raudhatul Ilmi tercurah pada sahabat baiknya ini. Entahla siapa yang menyebarkan fitnah kononnya Iman Nurmujahadah telah merisik Najmi Haqimie. Kononnya lagi…mereka pernah ternampak Iman Nurmujahadah berbual mesra dengan Ustaz Shamsuri. Paling teruk, mereka mengaitkan kisah pertolongan Najmi Haqimie kepada Iman Nurmujahadah semasa gadis itu terkapai-kapai terjatuh di dalam kolam semasa menjalankan aktiviti kayak, peristiwa yang terjadi semasa kursus KPO sedikit masa lalu. Tak tahukah mereka bahawa dosa fitnah itu lebih buruk daripada zina…masyaAllah..getus hati Raudhatul Ilmi. Sayu dia memandang wajah sugul Iman Nurmujahadah. Sabarlah sayang, ada rahmat di sebalik semua ini.
Patutla, semalam semasa usrah, ramai muslimat yang berbisik sesame mereka. Paling menyakitkan hatinya, sahabatnya itu dikatakan sengaja memancing perhatian Ustaz Shamsuri untuk memudahkan laluan memikat Najmi Haqimie. Bukan itu sahaja, Iman Nurmujahadah juga dipulaukan oleh ahli usrah yang kebanyakkannya menyokong seandainya Umi Farhana yang menjadi suri hati Najmi Haqimie.
Ya Allah, Kau berilah kekuatan pada sahabatmu itu…doa Raudhatul Ilmi.

************************

Semalam berpampasan dengan Najmi Haqimie dan Syaiful Syahid, terasa ada pandangan sinis Syaiful Syahid, manakala Najmi Haqimie hanya tersenyum. Riak ketenangan masih berbekas pada wajah pemuda berusia 24 tahun itu. Kalaulah kau tahu getarnya di hati ini.
Dia tidak bersalah,apa yang perlu dimalukan. Ahh, pedulikan…Allah itu Maha Adil. Itu janji Dia. Kata-kata semangat yang Raudhatul Ilmi pasakan pada hatinya masih tersemat, dia takkan goyah..betul juga tu, mungkin dia insane terpilih oleh Ilahi untuk menguji sejauh mana ketaqwaan dia menghadapi mehnah ini. Sedangkan Rasulullah sendiri pernah menerima fitnah yang lagi hebat, inikan pula dia. Takkan hanya kerana acahan sekecil ini dia akan mudah untuk melatah..Tidak!!!
Setiap malam dia akan bersolat hajat, mohon diberikan ketenangan, diberikan petunjuk agar dia akan tabah dalam mengharungi segalanya. Qalam suci itu tak pernah sunyi daripada amalan dia. Zikir, tahmid dan tasbih bagaikan sudah sudah sebati…benarlah, setiap yang berlaku ada rahmat yang tersembunyi disebaliknya. Syukurlah…dia takkan menyalahkan sesekali taqdir atas apa yang terjadi.

************************

Benarkah tindakannya ini..Moga apa yang dia lakukan adalah benar..
“Enti, ana minta maaf..Cuma ana rasa enti janganlah berharap pada sesuatu yang tak pasti. Ana minta enti tolonglah ana, fitnah telah tersebar. Ana takut ana tak tahan sabar. Tolonglah, lupakan ana. Ana tak nak amal ana terganggu dengan semua ini, lagipun ana rasa sebagai seorang perempuan ana memaklumi aqal 1 nafsu 9,”.
Ya Allah, apakah benar apa yang dia dengar ini. Terluah daripada mulut muslimin yang selama ini mencuri hatinya. Dia menuduh seolah-olah aku… Ya Allah, mengapa terjadi semua ini. Sekali lagi, ketabahan dia diacah mehnah.
“tentang Ustaz Shamsuri biarlah ana yang jelaskan padanya. Enti janganlah risau. Cuma kalau boleh janganlah dicanangkan peristiwa pertolongan ana pada enti semasa kursus hari tu. Kalau orang lain pun, ana yakin mereka mesti akan mengambil jalan yang sama jugak.”
Laju lidah itu menuturkan bicara tanpa sedar ia telah melukakan hati seorang gadis.
masyaAllah …berilah kekuatan untukku..Iman Nurmujahadah memohon dalam diam.

************************

itulah langkah nekad Najmi haqimie, maafkan ana Iman Nurmujahadah.. Ana dah tak sanggup untuk menghadapi semua ini. Berbekalkan semangat dan keyakinan dia mengatur pertemuan dengan gadis itu, walaupun debar di dada hanya Tuhan yang tahu.
Dia tahu dia telah melukakan hati gadis itu, tapi dia sendiri bingung…fitnah itu seolah-olah mempermainkan kisah dia dengan gadis itu. Ketika berbicara tadi, dia tahu dia seolah-olah tidak memberikan peluang untuk gadis itu membela diri. Zalimkah dia? Entah lah dia sendiri pun tidak pasti.
Lama dia berteleku di atas sejadah, menyelak qalam mulia itu, memuliakannya…moga hatinya akan menjadi tenang setenang air di kali.

************************

“Enta, ana mintak maaf atas apa yang telah terjadi. Kalau lah ana berterus terang tentu semua ini takkan terjadi. Ana betul-betul tak sangka,” terluah juga akhirnya penyesalan daripada Ustaz Shamsuri. Fitnah tentang Najmi Haqimie bertiup kencang dan dia tahu salah dia. Kesian Iman Nurmujahadah…dia tidak bersalah.
“Tak pa lah Ustaz, ana dah selesaikan dengan muslimat tersebut, Cuma ana rasa peristiwa yang terjadi ini sedikit sebanyak mengoncang kesabaran ana…Ana terpaksa bersemuka juga walaupun ana tahu muslimat itu mungkin terkejut dan terluka. Tapi, ana rasa itulah jalan yang terbaik untuk kami berdua.”
“Maksud enta, Iman Nurmujahadah?”
“Na’am ustaz kenapa?” aneh. Bukankah dia yang…
“Ya Allah, enta dah salah orang…,” ustaz Shamsuri melepaskan satu keluhan yang maha berat.
“Sebenarnya bukan dia yang meminta ana menyampaikan hasrat itu. Orang lain tapi, semenjak peristiwa itu terjadi, muslimat berkenaan telah meminta pada ana untuk menjelaskan kepada enta, ukhtie tersebut telah pun menerima lamaran melalui keluarganya.mungkin jodohnya bukan dengan enta…”
Bunyi ketukan lembut pada pintu menyentak kedua-dua mereka. Daun pintu yang terbuka menyerlahkan wajah tenang dan susuk tubuh seorang gadis berjubah ungu.
“Assalamu'alaikum…abang long…”,
Mata mereka bertembung, Ya Allah apakah benar apa yang dia dengar ini.
“Inilah adik kandung ana, Iman Nurmujahadah,”

************************

Kebenaran telah terbukti, rupanya Iman Nurmujahadah adalah adik kandung berlainan ibu pada Ustaz Shamsuri, patutlah ada yang pernah menyampaikan tentang kemesraan kedua beradik itu.
Kebenaran tentang fitnah itu juga sudah terjawab. Dia sendiri tidak pasti apakah perasaan dia sekarang. Masih terngiang lagi bicara manis, lembut tapi penuh hikmah terluncur daripada bibir Iman Nurmujahadah.
“Aqal yang sembilan masih belum mampu untuk menilai antara kebenaran dan kebatilan. Walaupun aqal yang satu namun, yakinilah bahawa yang satulah yang akan mengatakan kebenaran melalui aqalnya.”
MasyaAllah…benar aqal sembilannya itu masih belum mampu untuk membantu dia menilai erti ketulusan dan kejujuran seorang insane. Apa butakah dia, semasa liqa’ dengan gadis itu, tak terlihatkah dia akan cahaya kejujuran pada wajah gadis itu…Ya Allah…

************************

Cuti semester telah pun bermula, sudah sebulan peristiwa hitam berlalu. Yang menyebarkan fitnah itu sudah mengaku akan kesalahannya, dia sedia memaafkan semua nya. Bukankah kemaafan itu lebih baik daripada saling bermasam muka. Sesungguhnya Islam itu terlalu indah…
Sebentar tadi pramugari MAS datang menghulurkan minuman fresh oren padanya. Ajakan abangnya, Ustaz Shamsuri untuk menunaikan umrah diterima dengan senang hati. Baru sebentar tadi, Raudhatul Ilmi datang menghantarnya. Ada rahsia yang diserahkan pada Raudhatul Ilmi, mohon disampaikan pada yang berkenaan. Pada Raudhatul Ilmi, sahabat baiknya dia memohon agar dihalalkan segalanya. Entah kenapa, hatinya terlalu gembira untuk menjejakkan kaki ke tanah suci.

************************

Ya Allah, mengapa wajah itu yang muncul dalam mimpinya? Ya Allah..sudah 3 hari hanya wajah itu yang hadir…Berita tentang keberangkatan gadis itu bersama keluarganya ke Tanah Suci sudah diterima, namun terasa sayu melepaskan gadis itu pergi… Dan pada 3 malam yang lepas, dia bermimpi gadis itu datang dengan wajah yang paling tenang paling manis dengan telekung putih…seolah-olah ingin menjengah satu kerinduan.
Apakah dia jodohku? Ya Allah, hatinya kuat menyatakan bahawa benarlah bahawa itulah yang disediakan untuknya. Calon permaisuri hatinya. Rindunya pada gadis itu tidak terucap. Dia akan setia menantikan kepulangan gadis itu, akan dicurahkan rahsia hatinya kerana dia yakin bahawa itulah gadis pilihannya. Dia tersenyum..membina cita-cita. Ketegasan gadis itu ketika pertemuan di kamar kerja Ustaz Shamsuri menarik hatinya. BUtakah dia selama ini? Ya, Allah berilah peluang…

************************

Ya Allah, apakah benar berita ini? Janganlah kiranya semua ini terjadi… masih terngiang-ngiang bicara Iman Nurmujahadah padanya semasa dia wida’ gadis itu bersama keluarganya ke Tanah Suci.
“Ilmi, Adah mohon maaf kat Ilmi. Halalkan makan minum Adah, ilmu yang Ilmi kongsikan dengan Adah…Ada peluang Adah ingin meninggal di sana..Bersama-sama dengan para syuhada’ dan syahidah.”
Ya Allah…perkhabaran yang disampaikan oleh keluarga Ustaz Shamsuri sebentar tadi benar-benar menjadikan dia tidak keruan. Serasa bagai semalam Iman Nurmujahadah tersenyum padanya…Bicara gadis itu masih terdengar-dengar lagi.
Tak mungkin, hampir dia rebah tatkala menerima berita itu. Mujurlah pada abah dia berpaut..
Iman Nurmujahadah sudah kembali ke rahmatullah. Hasrat dia untuk bersama-sama sanjungan agama tercapai… Iman Nurmujahadah sudah meninggalkan diri. Dia meninggal kerana sakit barah otak, yang dirahsiakan. Ya, Allah…betapa kuatnya semangatmu wahai sahabat. Mengapa tinggalkan Ilmi… airmata yang dialirkan tidak mampu untuk mengubah ketentuan yang sudah pasti…

************************

terasa bagai diawangan ketika Raudhatul Ilmi menyampaikan berita itu. Gelap pandangannya…Dia memerhati dengan pandangan kosong. Iman Nurmujahadahnya, sudah pergi tinggalkan segala angan-angan indah yang telah diukirkan pada kanvas impian. Bungkusan yang diserahkan padanya oleh Raudhatul Ilmi masih di dalam gengaman. Benarkah?
Ya Allah, berikan daku ketabahan…
Sehelai jubah putih dan kitab suci kiriman pertama dan terakhir daripada Allahyarhamah Iman Nurmujahadah dijamah dengan pandangan sayu.
Apakah kehadiranmu dalam mimpiku sekadar untuk mengucapkan selamat tinggal? Mengapa aku terlewat untuk menilai erti kasihmu…
Surat yang menceritakan rahsia dan kisah kasih seorang gadis mengungkap segala rahsia..

Bismillah…
Assalamu'alaikum…
Buat pejuang di jalan Ilahi…
Semoga enta sentiada di dalam rahmat Ilahi. Tatkala warkah ini sampai kepadamu, mungkin hanya nama Iman Nurmujahadah menjadi tatapan. Mengasihi enta dalam diam adalah rahsia kasih ana. Namun, badai gelombang yang melanda seolah-olah menguji keyakinan kasih ana pada enta…Seandainya ada jodoh kita, ana mohon semoga kita dipertemukan di sana biarpun bukan sebagai suami isteri. Ana hargai budi baik enta, ana doakan enta berjumpa jodoh yang sekufu…Ini doa ana di depan Kaabah.andai kita tidak ditakdirkan untuk berjumpa lagi, ana tidak ralat kerana mengisihi enta walaupun dalam diam ialah yang membawa ana mengenal cinta agung, cinta Ilahi. Akhirul qalam, semua enta akan berjaya dunia dan akhirat.
Hanya Tuhan Yang Tahu…
Srikandi Cinta Ilahi…
Iman NurMujahadah binti Abdul Razak.

di kala iman tergoda

Matahari telah tergelincir. Seorang lelaki terlihat bersegera menuju masjid ketika adzan zuhur dikumandangkan dari sebuah masjid kampus. Lelaki itu berwudhu dan menunaikan solat nawafil. Lalu ia menjadi makmum di shaff terdepan. Solat wajib ia laksanakan dengan ruku’ dan sujud yang sempurna. Setelah solat tak lupa ia memuji nama Tuhannya dan memanjatkan doa untuk dirinya, ibu, ayahnya dan untuk ummat Muhammad saw yang sedang berjihad fii sabilillah.

Sebelum menuju kelas untuk kuliah, lelaki itu sempat bersalam-salaman dengan beberapa jamaah lain. Dengan raut wajah yang bersahaja, ia sedekahkan senyuman terhadap semua orang yang ditemuinya. Ucapan salam pun ditujukannya kepada para akhwat yang ditemuinya di depan masjid.

Lelaki yang bernama Ali itu kemudian segera memasuki ruang kelasnya. Ia duduk di bangkunya dan mengeluarkan buku berjudul “Langitpun Tergoncang’. Buku berkisar tentang hari akhirat itu dibacanya dengan tekun. Sesekali ia mengerutkan dahi dan dan sesekali ia tersenyum simpul.

Ali sangat suka membaca dan meyukai ilmu Allah yang berhubungan dengan hari akhir kerana dengan demikian ia dapat membangkitkan rasa cinta akan kampung akhirat dan tidak terlalu cinta pada dunia. Prinsipnya adalah “Bekerja untuk dunia seakan hidup selamanya dan beribadah untuk akhirat seakan mati esok.”

Sejak setahun belakangan ini, Ali selalu berusaha mencintai akhirat. Sunnah Rasululah saw ia gigit kuat dengan gigi gerahamnya agar tak terjerumus kepada bid’ah. Ali selalu menyibukkan diri dengan segala Islam. Ia sangat membenci sekularisme kerana menurutnya, sekularisme itu tidak masuk akal. Bukankah ummat Islam mengetahui bahwa yang menciptakan adalah Allah swt, lalu mengapa mengganti hukum Tuhannya dengan hukum ciptaan dan pandangan manusia? Bukankah yang menciptakan lebih mengetahui keadaan fitrah ciptaannya?

Allah swt yang menciptakan, maka sudah barang tentu segala sesuatunya tak dapat dipisahkan dari hukum Allah. Katakan yang halal itu halal dan yang haram itu haram, kerana pengetahuan yang demikian datangnya dari sisi Allah.

Sementara Ali membaca bukunya dengan tekun, dua mahasiswi yang duduk tak jauh dari Ali bercakap-cakap membicarakan Ali. Mereka menyukai sekali, Ali yang amat tampan dan juga pintar, namun belum mempunyai kekasih, padahal banyak mahasiwi cantik di kampus ini yang suka padanya. Tapi tampaknya Ali tidak ambil peduli. Sikapnya itu membuat para wanita menjadi penasaran dan justru banyak yang ber-tabarruj di hadapannya. Kedua wanita itu terus bercakap-cakap hingga lupa bahwa mereka telah sampai kepada tahap ghibah.

Ali memang tak mahu ambil tahu tentang urusan wanita kerana ia yakin jodoh di tangan Allah swt. Namun tampaknya iman Ali kali ini benar-benar diuji oleh Allah SWT.

Ali menutup bukunya ketika pensyarah telah masuk kelas. Tampaknya sang pensyarah tak sendirian, di belakangnya ada seorang mahasiswi yang kelihatan malu-malu memasuki ruang kelas dan segera duduk di sebelah Ali. Ali merasa belum pernah melihat gadis ini sebelumnya. Saat pensyarah mengabsen satu persatu, tahulah Ali bahwa gadis itu bernama Nisa.

Tanpa sengaja Ali memandang Nisa. Jantungnya berdegup keras. Bukan lantaran suka, tapi kerana Ali selalu menundukkan pandangan pada semua wanita, sesuai perintah Allah SWT dalam Al Qur’an dan Rasulullah saw dalam hadits. “Astaghfirullah…!”, Ali beristighfar.

Pandangan pertama adalah anugerah atau lampu hijau. Pandangan kedua adalah lampu kuning. Ketiga adalah lampu merah. Ali sangat khawatir bila dari mata turun ke hati kerana pandangan mata adalah panah-panah iblis.
Pada pertemuan kuliah selanjutnya, Nisa yang sering duduk di sebelah Ali, kian merasa aneh kerana Ali tak pernah menatapnya kala berbicara. Ia lalu menanyakan hal itu kepada Utsman, teman dekat Ali. Mendengar penjelasan Utsman, tumbuh rasa kagum Nisa pada Ali.

“Aku akan tundukkan pandangan seperti Ali”, tekad Nisa dalam hati.

Hari demi hari Nisa mendekati Ali. Ia banyak bertanya tentang ilmu agama kepada Ali.

Kerana menganggap Nisa adalah ladang da’wah yang potensial, Ali menanggapi dengan senang hati.

Hari berlalu… tanpa sengaja Ali memandang Nisa. Ada bisikan yang berkata, “Sudahlah pandang saja, lagipun Nisa itu tidak terlau cantik.. Jadi mana mungkin kamu jatuh hati pada gadis seperti itu” Namun bisikan yang lain muncul, “Tundukkan pandanganmu. Ingat Allah! Cantik atau tidak, dia tetaplah wanita.” Ali gundah. “Kurasa, jika memandang Nisa, tak akan membangkitkan syahwat, jadi mana mungkin mata, pikiran dan hatiku ini berzina.”

Sejak itu, Ali terus menjawab pertanyaan-pertanyaan Nisa tentang agama, tanpa ghadhul bashar kerana Ali menganggap Nisa sudah seperti adik… , hanya adik.
Ali dan Nisa kian dekat. Banyak hal yang mereka diskusikan. Masalah ummat maupun masalah agama. Bahkan terlalu dekat…

Hampir setiap hari, Ali dapat dengan bebas memandang Nisa. Hari demi hari, minggu demi minggu, tanpa disadarinya, ia hanya memandang satu wanita, NISA! Kala Nisa tak ada, terasa ada yang hilang. Tak ada teman diskusi agama…, tak ada teman berbicara dengan tawa yang renyah.., tak ada…wanita. Lub DUBB!!! Jantung Ali berdebar keras, bukan kerana takut melanggar perintah Allah, namun kerana ada yang berdesir di dalam hati…kerana ia… mencintai Nisa.

Bisikan-bisikan itu datang kembali… “Jangan biarkan perasaan ini tumbuh berkembang. Cegahlah semampumu! Jangan sampai kamu terjerumus zina hati…! Cintamu bukan kerana Allah, tapi kerana syahwat semata.”
Tapi bisikan lain berkata, “Cinta ini indah bukan? Memang indah! Sayang sekali jika masa muda dilewatkan dengan ibadah saja. Bila lagi kamu dapat melewati masa kampus dengan manis. Lagipula jika kamu berpacaran kan secara sihat, secara Islami.. ‘Benar juga..”

Ali mengangguk-anggukkan kepalanya. “Manalah ada pacaran Islami, bahkan hatimu akan berzina dengan hubungan itu. Matamu juga berzina kerana memandangnya dengan syahwat. Hubungan yang halal hanyalah pernikahan. Selain itu tidak!!! Bukankah salah satu tujuan pernikahan adalah untuk mengubur zina?”, bisikan yang pertama terdengar lagi.

Terdengar lagi bisikan yang lain, “Terlalu banyak aturan! Begini zina, begitu zina. Jika langsung menikah, bagaimana jika tidak sesuai? Bukankah harus ada beramah-mesra dulu agar saling mengenal! Apatah lagi kamu baru kuliah tahun pertama. Nikah susah!”

Terdengar bantahan, “Benci kerana Allah, cinta kerana Allah. Jika pernikahanmu kerana Allah, Insya Allah, Dia akan redha padamu, dan akan tenteram keluargamu. Percayalah pada Tuhan penciptamu! Allah telah tentukan jodohmu. Contohlah Rasululah SAW, hubungan beliau dengan wanita hanya pernikahan.”

Bisikan lain berkata. “Bla.., bla.., Ali,… masa muda.., masa muda…, jangan sampai disia-siakan, rugi!”

Ali berfikir keras. Kali ini imannya benar-benar dilanda godaan hebat. Syaitan telah berhasil memujuknya dengan perangkapnya yang selalu berjaya sepanjang zaman, iaitu wanita.

Ali mengangkat gagang telefon. Jari-jarinya bergetar menekan nomor telepon Nisa. “Aah.., aku tidak berani.” Ali menutup telefon.
Bisikan itu datang lagi, “Menyatakannya, lewat surat saja, supaya romantis…!” “Aha! Benar! “ Ali mengambil selembar kertas dan menuliskan isi hatinya. Ia bercadang akan memberikan kepada teman rapat Nisa. Jantung Ali berdebar ketika dari kejauhan ia melihat Nisa terlihat menerima surat dari temannya dan membaca surat itu.

Esoknya, Utsman mengantarkan surat balasan dari Nisa untuk Ali, sembari berkata, “Nisa hari ini sudah pakai jilbab, dia jadi cantik lho. Sudah jadi akhawwat!”

Ali terkejut mendengarnya, namun rasa penasarannya membuatnya lebih memilih untuk membaca surat itu terlebih dahulu daripada merenungi ucapan Ustman tadi. Ali membaca surat itu dengan sungguh-sungguh. Ia benar-benar tak menyangka akan penolakan yang bersahaja namun cukup membuatnya merasa ditampar keras. Nisa menuliskan beberapa ayat dari Al Qur’an, isinya :

“Katakanlah kepada laki-laki yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” (QS. An Nuur : 30)

“Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati.”(QS. Al Mu’minuun : 19).

Ali menghela nafas panjang… Astaghfirullah… Astaghfirullah… Hanya ucapan istighfar yang keluar dari bibirnya. Pandangan khianatku sungguh terlarang. Memandang wanita yang bukan muhrim. Ya Allah… kami dengar dan kami taat. Astaghfirullah…

10/08/2008

kepada yang bergelar suami..

Bukan isteri sahaja yang perlu berhias

Beberapa hari lepas saya menerima satu sms daripada seorang isteri yang meluahkan rasa tidak suka dengan penampilan suaminya tika berada di rumah. Suaminya akan tampil segak jika ke tempat kerja tetapi jika di rumah atau ke tempat tempat awam bersamanya dengan anak-anak. Suaminya hanya berpakaian "cukup makan" Bukan tak pernah meluahkan rasa tidak puas hati kepada suami tetapi luahan hatinya langsung tidak di pedulikan oleh si suami.

Pokoknya, isu suami tampil tidak menarik perhatian isteri tidak boleh menjadi isu kecil. Isu ini perlu di ketengahkan dan diberikan perhatian oleh semua pihak terutamanya para suami.

Bukan isteri sahaja yang perlu berhias, suami juga perlu berhias dan tampil segak dan kemas di hadapan isteri. Jika sebelum kahwin, anda boleh tampil segak hingga berjaya menawan hati bakal isteri anda, kenapa perlu di ketepikan semua itu selepas berkahwin? Memang penampilan dan rupa bukan perkara utama untuk memikat hati tetapi jika anda berbudi baik, cakap lemah lembut dan apa saja perwatakan yang baik yang mampu menarik hati bakal isteri tetapi pakaian anda tidak kemas dan selekeh, tentu susah juga bakal isteri hendak terpikat. Bukan perlu papa untuk bergaya kemas tetapi cukuplah sekadar sejuk mata memandang. Yang sejuk mata memandang inilah yang menjadi masalah kepada sesetengah pihak setelah berkahwin. Biasanya yang selalu kita dengar, isteri perlu jaga bentuk badan selepas berkahwin. Dah berisi sikit, mula la suami membebel. Isteri yang takut menerima pesaing, sanggup mengikat perut untuk memenuhi kehendak dan selera suami.

Perut Buncit
Jika itulah kehendak suami kepada isteri, fahamilah juga bahawa isteri juga punya kehendak sedemikian. Jika sebelum berkahwin, anda boleh jaga bentuk badan, perut buncit sikit dan kecoh pergi ke gim, kenapa selepas kahwin anda sanggup biarkan perut membesar bagai mengandung empat lima bulan. Ada juga suami yang sarat mengandung bertahun-tahun tanpa sebarang kelahiran. Heheheheee. Tak terasakah bagaimana penerimaan isteri anda? Ada juga yang menyatakan perut kami ke depan sebab senang nak letakkan dan pangku baby. Senang betul bagi alasan kan . Kalau isteri anda memberikan alasan ini, boleh kah anda terima?
Tepuk dada Tanya selera.

untuk bakal isteri...

Mutiara Kata: "Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi ada kalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"



Isteri jangan menyakiti hati suami samaada dengan kata kata, tingkah laku atau mimik muka. Suami yang terguris hatinya dan memendam rasa akan mengurangkan komitment terhadap isterinya."

"Suka merungut merupakan sikap yang perlu dijauhi oleh isteri. Terlalu banyak rungutan boleh menyebabkan suami bosan dan akhirnya mencetuskan konflik dalam rumahtangga."

"Suami kurang senang sekiranya isteri pasif dalam semua perkara. sikap pasif menyebabkan isteri tidak pandai buat keputusan, kurang komunikasi dan kurang bijak mengutarakan pendapat."

"Suami sudah tentu tidak suka isteri yang gemar berbohong. Apabila pembohongan terbongkar, suami akan rasa tertipu sehingga menjejaskan rasa kepercayaan terhadap isteri."

"Isteri yang terlalu banyak meminta-minta mengakibatkan suami rasa tertekan dan terganggu. Berpada-padalah dalam banyak perkara kerana kesederhanaan membawa kepada ketenangan."

"Isteri yang selalu membantah kata-kata suaminya ibarat menabur duri dalam rumahtangganya, malah mendekatkan dirinya kepada nusyuz . Perbuatan ini pastinya dimurkai Allah."

"Isteri yang membelakangkan pendapat dan pandangan suami dalam membuat suatu keputusan akan menyebabkan suami rasa kurang dihargai."

"Isteri yang menjaga lidah suami dengan resepi dan menu yang hebat tapi tak menjaga minda dan perasaan suami dengan ilmu dan akhlak, sebenarnya belum berjaya mengembirakan suaminya."

"Jangan keterlaluan mengkritik suami terutama mengenai prestasi serta kebolehannya kerana suami akan tercabar serta timbul kesan emosi negatif terhadap isterinya".

"Isteri yang terlalu cerewet dalam semua perkara pasti tidak akan disukai suami. Terlalu cerewet menyebabkan perkara senang menjadi sukar dan yang ringan menjadi berat".


"Suami tidak suka isteri yang kasar dan garang sama ada terhadap suami dan anak-anak. Isteri yang terlalu garang menyebabkan suami dan anak-anak menjauhkan diri daripadanya".

"Isteri yang tidak menjaga penampilan diri, comot dan tidak kemas takkan dapat menarik perhatian suami. Isteri yang selalu kemas dan memakai haruman lebih disenangi suami".

"Suami berasa terabai sekiranya isteri mementingkan kerjaya hingga mengenepikan rumahtangga dan keluarga. Berilah perhatian pada keluarga, pasti anda dihati mereka".

"Isteri yang tidak menjaga pergaulannya dengan lelaki lain akan menimbulkan rasa tidak senang dan cemburu pada diri suami malah boleh menggugat keamanan rumahtangga, lebih dari pasti isteri seperti ini dimurkai Allah".

"Isteri yang kuat berleter akan timbulkan suasana tidak tenang pada suami, terutamanya pada pagi hari. Cari masa yang sesuai berbincang dan buat suami rasa dihargai"

"Curiga yang keterlaluan terhadap suami perlu dikawal kerana sangkaan melulu boleh mengeruhkan keharmonian rumahtangga serta timbulkan rasa tidak selesa kepada suami"

"Memaksa suami beralah ketika berselisih faham hanya memberi keuntungan jangka pendek pada pihak isteri kerana suami akan memendam perasaan marah yang berterusan"

10/06/2008

who i want to meet

Katakanlah:
‘ inilah jalanku,
aku mengajak kalian kepada Allah dengan bashiroh,
aku dan pengikut-pengikutku
Maha Suci Allah!
dan aku bukan termasuk orang-orang yang musyrik

Jalan dakwah panjang terbentang jauh ke depan
Duri dan batu terjal selalu mengganjal,
lurah dan bukit menghadang
Ujungnya bukan di usia,
bukan pula di dunia
Tetapi Cahaya Maha Cahaya,
Syurga dan Ridho Allah Cinta adalah sumbernya,
hati dan jiwa adalah rumahnya.

Pergilah ke hati-hati manusia ajaklah ke jalan Rabbmu
Nikmati perjalanannya,
berdiskusilah dengan bahasa bijaksana
Dan jika seseorang mendapat hidayah karenamu
Itu lebih baik dari dunia dan segala isinya…



Pergilah ke hati-hati manusia,
ajaklah ke jalan Rabbmu
Jika engkau cinta maka dakwah adalah faham,
Mengerti tentang Islam,
Risalah anbiya' dan warisan ulama
Hendaknya engkau fanatik dan bangga dengannya
Seperti Mughiroh bin Syu’bah di hadapan Rustum Panglima Kisra

Jika engkau cinta maka dakwah adalah ikhlas menghiasi hati,
memotivasi jiwa untuk berkarya Seperti kata Abul Anbiya,

“Sesungguhnya solatku,
Ibadahku,
hidupku,
dan matiku semata bagi Rabb semesta".
” Berikan hatimu untuk Dia,
katakan “Allah Ghayatuna”

Jika engkau cinta maka dakwah adalah amal
Membangun kejayaan ummat di mana saja kamu berada
Yang bernilai adalah kerja bukan semata ilmu apalagi lamunan
Sasarannya adalah perbaikan dan perubahan,
al ishlah wa taghyir
Dari diri pribadi,
keluarga, masyarakat hingga
Negara Bangun aktiviti secara tertib untuk mencapai kejayaan


Jika engkau cinta maka dakwah adalah jihad
Sungguh-sungguh di medan perjuangan melawan kebatilan
Tinggikan kalimat Allah rendahkan dugaan syaitan durjana
Kerja keras tak kenal lelah adalah rumusnya
Tinggalkan kemalasan, lamban, dan berpangku tangan


Jika engkau cinta maka dakwah adalah taat
Kepada Allah & Rasul, Al-Qur’an & Sunahnya Serta orang-orang bertaqwa
Taat adalah wujud syukurmu kepada hidayah Allah
Karenanya nikmat akan bertambah melimpah penuh berkah


Jika engkau cinta maka dakwah adalah tsabat
Hati dan jiwa yang tegar walau banyak rintangan
Buah dari sabar meniti jalan,
teguh dalam barisan
Istiqomah dalam perjuangan dengan kaki tak tergoyahkan
Berjalan tempang jauh dari penyimpangan

Jika engkau cinta maka dakwah adalah tajarrud
Ikhlas di setiap langkah menggapai satu tujuan
Padukan seluruh potensimu libatkan dalam jalan ini,
Engkau da’I sebelum apapun adanya engkau
Dakwah tugas utamamu sedang lainnya hanya selingan


Jika engkau cinta maka dakwah adalah tsiqoh
Kepercayaan yang dilandasi iman suci penuh keyakinan
Kepada Allah, Rasul, Islam, Qiyadah dan junudnya
Hilangkan keraguan dan pastikan kejujurannya…
Karena inilah kafilah kebenaran yang penuh berkat


Jika engkau cinta maka dakwah adalah ukhuwah
Lekatnya ikatan hati berjalin dalam nilai-nilai persaudaraan
Bersaudaralah dengan muslimin sedunia,
utamanya mukmin mujahidin
Lapang dada merupakan syarat terendahnya,
itsar bentuk tertingginya
Dan Allah yang mengetahui menghimpun hati-hati para da’I dalam cintaNya
Berjumpa karena taat kepadaNya
Melebur satu dalam dakwah ke jalan Allah
Saling berjanji untuk menolong syariatNya

demi matahari

Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup . Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai

Raja yang setia pada dayang2 yang hanya inginkan kerusi empuk di singgahsana bukan sahaja akan meruntuhkan seluruh istana bahkan seluruh takluk jajahannya...