3/31/2009

HEBAHAN AKTIVITI - PING PONG

KEJOHANAN PING PONG
AMATUR (MELAYU)
PIALA ADUN BANGI
18 & 19 April 2009 22 & 23 Rabi‘ul-Akhir 1430HSabtu & Ahad 8:00 pagi - 5:30 petang
Kompleks Sukan MPKj, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi


DAFTAR SEKARANGPenyertaan TerhadPerseorangan: 64 peserta Beregu: 64 beregu
Tarikh Tutup Penyertaan15 April 2009 (Rabu) sebelum jam 12:00 malam
Anjuran:JKKK Teras Jernang JK Unit Sukan & Rekreasi DUN Bangi

SABTU18 April 20098:30 pagi - 5:30 ptg
Pusingan AWAL hinggaPERINGKAT SUKU AKHIR
TIADA PERLAWANAN
AHAD19 April 20098:30 pagi - 5:30 ptg

Yuran PenyertaanPerseorangan: rm 15.00 Beregu: rm 25.00

Untuk Keterangan Lanjut:Zulkeflee Hamat: 012 651 1931 Kamaruzzaman: 017 647 9325 Azmi: 019 345 5452

atau owner blog di talian 03-8925 0891 (office hour sahaja)


3/30/2009

.:: KALAM SUCI - 2 ::.







.:: KALAM SUCI - 1 ::.







fastest cars...neo cps xleh lawan laa..

SSC Ultimate Aero TT di nobatkan oleh Buku Guiness World Records pada Oktober 2007 sebagai kereta produksi yang terpantas di dunia selaju 413 km/jam atau 257 batu/jam.





Ini adalah Saleen S7 Twin Turbo buatan tangan juga oleh syarikat Saleen di California US. Diperkenalkan pada tahun 2005 ia boleh dipandu mencapai kelajuan 402 km/jam (250 bsj).

Ini adalah Saleen S7 Twin Turbo buatan tangan juga oleh syarikat Saleen di California US. Diperkenalkan pada tahun 2005 ia boleh dipandu mencapai kelajuan 402 km/jam (250 bsj).





Kereta ini McLaren F1 merupakan keluaran McLaren Automotive Britain se-awal 1994 . Mampu mencapai kelajuan 371 km/jam (231 bsj) .
Koenisegg CCX dibuat pada tahun 2006 oleh sebuah syarikat Swedish yang sama nama . Ia boleh mencecah kelajuan sehingga 405 km/jam.








Enzo Ferrari di cipta tahun 2003 . Kelajuan sehingga 300 km/jam (186 bsj).

Bugatti Veyron dibuat dengan tangan di kilang Volkswagen di Alsace France mulai tahun 2005.







Bugatti Veyron dibuat dengan tangan di kilang Volkswagen di Alsace France mulai tahun 2005.





3/28/2009

sebelum cahaya..


ku teringat hati yang bertabur mimpi


kemana kau pergi cinta


perjalanan sunyi engkau tempuh sendiri


kuatkanlah hati cinta


ingatkan engkau kepada


embun pagi bersahaja


yang menemanimu sebelum cahaya


ingatkan engkau kepada


angin yang berhembus mesra


yang kan membelaimu cinta


kekuatan hati yang berpegang janji


genggamlah tanganku cinta


ku tak akan pergi meninggalkanmu sendiri


temani hatimu cinta


ingatkan engkau kepada


embun pagi bersahaja


yang menemanimu sebelum cahaya


ingatkan engkau kepada


angin yang berhembus mesra


yang kan membelaimu cinta





ku teringat hati


yang bertabur mimpi


kemana kau pergi cinta


perjalanan sunyi


engkau tempuh sendiri


kuatkanlah hati cinta


ingatkan engkau kepada


embun pagi bersahaja


yang menemanimu sebelum cahaya


ingatkan engkau


kepada angin yang berhembus mesra


yang kan membelaimu cinta

HEBAHAN AKTIVITI - earth hour


3/26/2009

nak jadi cantik ???

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan. Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan.



Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.



Anda ingin lebih cantik dan menarik??
# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.
# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.
# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.
# Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.
# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah. # Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".
# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.

ya Allah !!!

PadaMu ya Allah
Tempat kami memohon
Ampunan Mu dari segala dosa
Yang pernah kami berbuat
Dan hanya padaMU Allah
Tempat kami berlindung
Dari sisa api nerakaMu
Sungguh kami takkan mampu
Godaan selalu datang silih berganti
Seakan membawa arah nafsu dunia
Pimpin serta kuatkanlah iman kami
Ku mohon padaMU ya Allah
Ya Allah!

siapa yang akan mendoakan kita ???

Seorang pengarah yang berjaya jatuh di kamar mandi dan akhirnya stroke.Sudah 7 malam dirawat di RS di ruang ICU. Di saat orang-orang terlelap dalam mimpi malam, dalam dunia roh seorang malaikat menghampiri si pengarah yang terbaring tak berdaya.

Malaikat memulakan pembicaraan, Kalau dalam waktu 24 jam ada 50 orangberdoa buat kesembuhanmu, maka kau akan hidup. Dan sebaliknya jika dalam24 jam jumlah yang aku tetapkan belum terpenuhi, itu berertinya kau akan meninggal dunia!

'Kalau hanya mencari 50 orang, itu sangat mudah,' kata si pengarah inidengan yakinnya.

Setelah itu Malaikat pun pergi dan berjanji akan datang 1 jam sebelum tiba batas waktu yang sudah disepakati.

Tepat pukul 23:00, Malaikat kembali mengunjunginya; dengan bangganya si pengarah bertanya, Apakah esok pagi aku sudah pulih? Pastilah banyak yang berdoa buat aku, jumlah pekerja aku punya lebih dari 1000 orang, jadi kalau hanya mencari 50 orang yang berdoa pasti bukan perkara susah.

Dengan lembut si Malaikat berkata, Anakku, aku sudah berkeliling mencari suara hati yang berdoa buatmu tapi sampai saat ini baru 3 orang yang berdoa buatmu, sementara waktumu tinggal 60 minit lagi. Rasanya mustahil kalau dalam waktu dekat ini ada 50 orang yang berdoa buat kesembuhanmu.

Tanpa menunggu reaksi dari si pengarah, si malaikat menunjukkan layar besarberupa TV siapa 3 orang yang berdoa buat kesembuhannya. Di layar itu terlihat wajah duka dari sang isteri, di sebelahnya ada 2 orang anak kecil, putera puterinya yang berdoa dengan khusyuk dan nampak ada titisan air mata di pipi mereka.

Kata Malaikat, Aku akan memberitahukanmu, kenapa Tuhan rindu memberikanmu kesempatan kedua? Itu kerana doa isterimu yang tidak putus-putus berharap akan kesembuhanmu.

Kembali terlihat dimana si isteri sedang berdoa jam 2:00 subuh, Tuhan, aku tahu kalau selama hidupnya suamiku bukanlah suami atau ayah yang baik! Aku tahu dia sudah mengkhianati pernikahan kami, aku tahu dia tidak jujur dalam kerjanya, dan kalau pun dia memberikan sumbangan, itu hanya untuk populariti dan menaikkan namanya saja untuk menutupi perbuatannya yang tidak benar dihadapanMu. Tapi Tuhan, tolong pandang anak-anak yang telah Engkau berikan pada kami, mereka masih memerlukan seorang ayah. Hambamu ini tidak mampu membesarkan mereka seorang diri.

Dan setelah itu isterinya berhenti berkata-kata tapi air matanya semakinderas mengalir di pipinya yang kelihatan cengkung karena kurang rehat.

Melihat peristiwa itu, tampa terasa, air mata mengalir di pipi pengarah ini. Timbul penyesalan bahawa selama ini bahawa dia bukanlah suami yangbaik. Dan bukan ayah yang menjadi contoh bagi anak-anaknya. Malam inidia baru menyedari betapa besar cinta isteri dan anak-anak padanya.

Waktu terus berlalu, waktu yang dia miliki hanya 10 minit lagi, melihatwaktu yang makin sempit semakin menangislah si pengarah ini,penyesalan yang luar biasa. Tapi waktunya sudah terlambat ! Tidak mungkin dalam waktu 10 minit ada yang berdoa 47 orang!

Dengan sedihnya dia bertanya, Apakah diantara pekerjaku, kaum kerabatku, teman kerja ku, teman organisasiku tidak ada yang berdoa buatku?

Jawab si Malaikat, Ada beberapa yang berdoa buatmu.Tapi mereka tidak ikhlas. Bahkan ada yang mensyukuri penyakit yang kau derita saat ini.Itu semua karena selama ini kamu mementingkan diri, sombong, mengainaya pekerja, kejam, ego dan bukanlah pihak atasan yang baik. Bahkan kau sanggup memecat pekerja yang tidak bersalah dan yang tidak setimpal dengan kesalahannya. Si pengarah tertunduk lemah, dan pasrah kalau malam ini adalah malam yang terakhir buat dia. Tapi dia minta waktu sesaatuntuk melihat anak dan si isteri yang setia menjaganya sepanjang malam.

Air matanya tambah deras, ketika melihat anaknya yang sulung tertidur dikerusi hospital dan si isteri yang kelihatan lelah juga tertidur dikerusi sambil memangku si bongsu.


Ketika waktu menunjukkan pukul 24:00, tiba-tiba si Malaikat berkata, Anakku, Tuhan melihat air matamu dan penyesalanmu!! Kau tidak jadi meninggal, kerana ada 47 orang yang berdoa buatmu tepat jam 24:00.

Dengan hairan dan tidak percaya, si pengarah bertanya siapakah yang 47 orang itu. Sambil tersenyum si Malaikat menunjukkan suatu tempat yang pernah dia kunjungi bulan lalu.

Bukankah itu Pusat Asuhan Anak Yatim? kata si pengarah perlahan. Benar anakku, kau pernah memberi bantuan bagi mereka beberapa bulan yang lalu, walau aku tahu tujuanmu saat itu hanya untuk mencari populariti saja dan untuk menarik perhatian kerajaan dan pelawat luar negeri.


Pagi tadi , salah seorang anak pusat asuhan tersebut membaca di suratkhabar bahawa seorang pengarah terkena stroke dan sudah 7 hari di ICU.Setelah melihat gambar di surat khabar dan yakin kalau orang yang sedang koma adalah kamu, orang yang pernah menolong mereka dan akhirnya anak-anak yatim pusat asuhan sepakat berdoa buat kesembuhanmu.

Doa sangat besar kuasanya. Kita malas. Tidak ada waktu. Beban untukberdoa bagi orang lain. Ketika kita mengingat seorang sahabat lama/keluarga, kita fikir itu hanya kebetulan saja padahal seharusnya kita berdoa bagi dia. Mungkin saja pada saat kita mengingatnya dia dalam keadaan memerlukan doa dari orang-orang yang mengasihi dia.

Disaat kita berdoa bagi orang lain, kita akan mendapatkan kekuatan baru dan kita boleh melihat kemuliaan Tuhan dari peristiwa yang terjadi.Hindarilah perbuatan menyakiti orang lain... Sebaliknya perbanyaklah berdoa buat orang lain.

Kerana pahlawan sejati, bukan dilihat dari kekuatan fizikal danhartanya,tapi dari kekuatan hatinya. Katakan ini dengan perlahan, 'YaTUHAN saya mencintai-MU dan memerlukan- MU, datang dan terangilah hati kami sekarang...!!!'

3/23/2009

HEBAHAN AKTIVITI - Maulidur Rasul 1430 H

.:: CINTA ::.



Dari seorang Sahabat : Jika kita mencintai seseorang, kita akan senantiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita ? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta..

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup.

Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi, jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati.

Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan tersebut.

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut, tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu, hanya untuk menemukan bahwa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya.Pada saat itu, tiada guna penyesalan karena perginya tanpa berkata lagi.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya.Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.

Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pencinta PALSU.

Kemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan didalamnya dan kemungkinanapa yang kamu benci tersimpan kebaikan didalamnya.

Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam, cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.

Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.

Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam, tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemericing.

Cinta adalah keabadian..dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dimiliki.Siapapun pandai menghayati cinta, tapi tak seorang pun pandai menilai cinta kerana cinta bukanlah suatu objek yang bisa dilihat oleh mata kasar, sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan.

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta.

Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan didalam dirinya.

Kamu tidak akan pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. Namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh. Jika saja kehadiran cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.


copy from, http://aktivis02.blogspot.com/

3/21/2009

bila ianya bernama MUSLIMAH..

wahai muslimah
di wajahmu yang jernih
pancarkan lah nur iman
buat mengukir sebuah ketenangan

wahai muslimah
dalam gerak-geri mu
lahirkanlah kelembutan sejati
agar terhapus segala resah
moga terubat segala gundah

wahai muslimah
di tangan mu ada amanah
mencorak generasi juang
pada senyum bicaramu
pada gerak laku mu
adalah lambang insan masa depan
antara memikul noda
atau khusyuk memetik pahala



3/20/2009

kasih suci...
















Hamiidullah Nur Ihsan - 3 bulan 17 hari
masa ni dia in a gud mood, dok main2 smpai jadi cm2..sket je lagi nk tgolek kat lantai 2..
dh pandai main bantal hehe..

















wahh..dah pandai pegang dah..
nnti leh laa ikut mak ngah naik BFV ekk..
kita round2 jalan dua..
ikut mak ngah p opis, p meeting hehe..
eee xsabar nya nak tggu baby ni besar..cepat laa besar sayang..




nama budak kecik ni aimi al-baraqah..

adik2 sy pggil dia bijoy aimi (bahasa korea kalo xsilap la) kadang2 panggil dia aimi boncet, aimi chubby sebab dia kuat makan..
anak jiran sebelah rumah kat raub..
dah cm adik sendiri..selamber je nk wat pape..baru bangun tido, culik dia bw balik rumah,
mandi kan dia smpai dh tak ingat ummi dia hehe..


ni laa bijoy aimi setelah di make over..
hasil keje tangan ibnu said..

kami pakat wat cmni bg dia tau yang dia 'girl' bukan cam abg dia 2 hehe..


lagi 1 hasil tangan ibnusaid..

kami ajar dia pakai tudung..tak pakai tudung xleh ikut ..
alhamdulillah, smpai sekarang, bila nampak kami dah siap2, dia akan cari tudung
alasan nk ikut laa 2 hehe..

ermm baby cute ni nama dia izzah..
anak sulung (insyaAllah) bro khalifah
maaf bro, tak mnta izin nak iklankan baby cute ni hehe..















izzah pandang pe tu?? cari ummi ke?

jom ikut mak ngah balik bangi nak??















nama baby ni, adam harith..

masa ni umo 2 bulan kot..tp dah setahun xjumpa baby chubby ni..


anak mak angkat kat hulu langat..





haa ni pulak, nama ali huzaifi..baby yang paling manja dengan saya masa keje kat taska dulu..

nk tau sebab pe dia manja dengan saya?

sbb dia ingat sy ni ummi dia..ummi dia pakai spek gak hehe..


ni plak muhammad zahin adjmal bin ghazali....

budak genius, cepat meniru kelakuan ahli family..

yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan tau zahin..

to be continue...

insyaAllah

3/19/2009

HIDUP KITA CUMA.....

HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:

1. Semalam : Sudah menjadi sejarah
2. Hari ini : Apa yang sedang kita lakukan
3. Esok : Hari yang belum pasti


Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita
lebih baik dari hari yang pertama.
Jangan mengharap hari yang ketiga kerana
mungkin ajal kita pada hari yang kedua.



HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:

1. Nafas Naik
2. Nafas Turun


Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut
adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah
keredhaanNya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin
nafas itu yang terakhir keluar dari tubuh bersama Nyawa
dan Roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.



HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT:

1. Kekal di dalam neraka
2. Kekal di dalam syurga

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan
kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun
IMAN. Rukun Iman itu pula ada 6 dan hilang salah satu
darinya maka hilanglah ia. !
Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.
Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya
terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya
adalah SOLAT...


Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke
SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang
mahu menaiki kapalterbang tetapi tidak mempunyai
BOARDING PASS.
Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama
mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem

apabila ditanya bagaimana! surat itu akan sampai pada
penerimanya...lalu dia pun berkata setemnya akan

dihantar kemudian.

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :-

1. Dia mungkin didenda
2. Segala suratnya masuk tong sampah


Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas
segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita....
Sekurang-kurangnya Allah telah beri udara secara
percuma untuk kita berzikir mengingati Allah setiap
detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada
Allah dalam keadaan jiwa yang tenang...lalu
masuk kedalam syurga! dalam keadaan kita redha dan
Allah meredhai.



Wallahuaklam..

Jari Telunjuk...


Dalam solatku yang sudah sekian kalinya, aku tetap merenung telunjukku dalam setiap tasyahud (tahiyyat) awal dan akhir, mengharapkan pahala menurut sunnah mengisi setiap kantung pahala yang tak pernah ku lihat. Berpuluh tahun berbuat demikian, perasaan ingin tahu tetap menerjah hatiku. Mengapa Rasulullah s.a.w. berbuat demikian? Mengapa disunatkan merenung telunjuk sewaktu tasyahud? Pasti ada sesuatu sehinggakan disunatkan berbuat demikian. Bagi yang tak ambil pusing, tetap bahagian mereka dengan kantung pahala yang sarat di akhirat, dijamin Allah s.w.t..



Dirujuk persoalan itu kepada yang arif. Kata mereka telunjuk itu satu, diangkat ketika mengucapkan kalimah "Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan Yang disembah melainkan Allah" bagi menandakan keEsaan Allah yang Satu, Yang Maha Esa dan Tiada yang sebanding denganNya. Jawapan yang diberi mententeramkan jiwaku hanya buat seketika. Memang benar apa yang dikatakan yang arif itu tadi, tapi mengapa gelodak jiwa mengatakan ada sesuatu yang lain.

Aku sentiasa terganggu dengan persoalan yang ditimbulkan hati yang mendesak-desak mencari rahsia sebenar sehingga hatiku puas. Kenapa hanya perkara ini begitu mendesak jiwa sedangkan perbuatan itu hanya dilakukan dengan seketika dalam solat.

Sehinggalah di suatu senja yang sangat hening. Hujan lebat mula turun di luar rumah, menghalang langkah insan yang beriman lemah ini untuk ke tempat azan dilaungkan. Ditunaikan tanggungjawabku kepada Yang Maha Pencipta dalam kamar bacaan di rumah. Maghrib itu membuka persoalan lama itu kembali. Mula sahaja tasyahud awal, telunjukku direnung dan membangkitkan kembali persoalan yang sering bermain dijiwaku.

Kekhusyukan dalam ibadatku sedikit teganggu, minda ditumpukan kembali kepada bacaan solat supaya hatiku tetap berpaksikan rasa syukurku kepada Yang Menciptakan diriku dengan segala kesempurnaan. Tapi semua itu terganggu kembali bila saja aku berada dalam tasyahud akhir. Sekali lagi aku mengucapkan kalimah " Ashhadu allaa ilaa ha illallah (Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan Yang disembah melainkan Allah) sambil jari telunjukku diangkat menandakan aku mengakui keEsaan Allah s.w.t..


Bagaikan hendak tersembur kandungan dadaku tatkala aku merenung jari telunjukku pada kali ini. Serta merta airmataku mencurah-curah keluar tak tertahan, ditahan sebak dadaku supaya tidak terbatal solatku. Allahuakbar! Allah Maha Besar! Ampunkanlah segala dosa yang telah kulakukan dengan tanganku ini… Ya Allah! Betapa Engkau memuliakan kami manusia dengan kalimah NamaMu pada jasad kami yang kotor ini.. Ampunkanlah kami, ampunkanlah aku… Mulai maghrib hari itu, perbuatan mengangkatkan dan merenung telunjuk dalam tasyahud tidak lagi mengganggu kekhusyukan solatku, tapi ia membuatkan hatiku sentiasa gentar dan sayu..

Sayu mengenangkan dan merindui Allah s.w.t., gentar kerana aku melihat aku ini milik Allah… Ya! Benar.. akhirnya jawapan bagi persoalan itu telah kutemui bila saja terpandang kalimah Allah ditelunjuk kananku.. Subhanallah! Maha Suci Allah! Ampunilah aku sekiranya tangan yang membawa kalimah namaMu yang Maha Suci dan Mulia ini telah aku gunakan untuk melakukan dosa dan maksiat melanggar perintahMu.. Ampunkanlah HambaMu ini Ya Allah…..

.:: suami yang soleh ::.

Suami yang soleh sangat bertanggung jawab pada keluarganya
Keluarganya dibawa mencintai dan takutkan Tuhannya
Mereka dididik beribadah dan berakhlak yang mulia
Syariat Tuhannya adalah disiplin di dalam rumah tangganya

Tanggung jawab dunianya tidak dicuaikannya
Makan minum pakaian tempat tinggal diuruskannya
Tunjuk ajar nasihat dan pimpinan adalah kewajipannya yang paling utama

Kasih sayang, timbang rasa menjadi budaya
Karenah anak-anak dan isterinya dia sabar menanggungnya
Dihadapi dengan lemah lembut, tidak mengapa sekali-sekala menghukumnya
Sentiasa mendoakan mereka, berlapang dada amalan hidupnya
Kecewa dan putus asa mendidik tidak ada di dalam sikapnya

Suami yang soleh sentiasa berkhidmat dengan keluarganya
Malah sering bersimpati dengan kesusahan mereka
Urusan Akhirat sangat diutamakannya
Urusan dunia tidak pula diabaikannya, di waktu mereka memerlukannya
Kesalahan anak-anak dan isteri sentiasa dimaafkannya
Mereka dididik penuh bijaksana dengan penuh sabar & tabahnya
Rukun damai, hidup harmoni sentiasa diusahakannya
Rasa bersama bekerjasama, Tuhan diutama, keluarga bahagia
Begitulah suami yang soleh sentiasa bertanggungjawab kepada keluarga
Kerana takutnya dengan Tuhannya dia sangat mengambil berat keluarganya
Anak-anaknya dan isteri sangat taat kerana suaminya berwibawa dan sangat mulia


3/18/2009

dedikasi buat ayah ibu tersayang

Ayah ibu ampunilah dosa kami semua
Ayah ibu doakan kami dunia dan akhirat

Dari kecil sehingga dewasa
Kau menyayang dan sering memanja
Menanam iman menyemaikan taqwa
Mengajar kami muliakan agama

Ayah ibu berkorban jiwa berkorban harta
Ayah ibu semoga Allah tinggikan derajatmu

Sebelum nyawa meninggalkan jasad
Sebelum suria terbitnya di barat
Kau amanahkan Al Qur'an dan sunnah
Jadi panduan di akhir zaman

Belaianmu masih terasa
Ya Allah tempatkan mereka di syurga

Kami cintakan Allah
Kami kasihkan rasul
Kami sayangkan Ayah
Kami sayangi Ibu

hari ni hari lahir mak...


hari ni 18 mac 09..ermm hari lahir mak tersayang..kutegok2 dlm ic mak, 600318, ya, betul betul betul..selamat hari lahir mak, semoga mak panjang umur, bahagia selalu..trima kasih sebab melahirkan dan membesarkan dan tak jemu2 mendidik ana dengan baik smpai sekarang..ampunkan segala salah silap ana selama ini..halalkan makan minum ana ye mak..



awan berarak ceria

tiada titisan hujan

pohon melambai

tanda sokongan

kususuri perjalanan

bertemankan senyuman

di hari lahirmu ibu ku

dedaun berguguran

membuktikan kedewasaan

walau tanpa madah dah hadiah

namun cukup untuk mu

sekadar ucapan

Selamat Hari Lahir

iringan doa ku hulur


bersyukur kepadaNya

Atas nikmat usia


ermm ni y wat ana tak sabar nk balik ni..adik bradik pun seme dah kat kampung..sronoknya dapat bkumpul ramai2 kat rumah..skarang ni dh agak susah kita nk bkumpul ramai2 cam dulu..masing2 de tggjwb sndiri..tapi xpe mak, ana janji, selagi ana masih panjang umur, murah rezeki, ana akan sokmo balik lawat mak, jenguk mak..ada usikan nakal kerap mengusik, masa zaman solo ni laa kna balik sokmo, sok2 kalo dah berubah status, ssh lak..kena bahagi2 kan masa..betul x mak??

3/16/2009

syukurku....

assalamualaikum..lafaz mulia pbuka bicara..

school holiday dh mula..aku?? huhh xmerasa laa nk ct panjang cm zaman aku begelar pendidik satu masa dulu..namun aku bersyukur dengan apa y aku perolehi ketika ini..teringat sejenak kata2 y biasa ku lafazkan..'kelebihan disyukuri, kekurangan diredhai'..betul x teman?

ku akui kelemahan diri
ku insafi kekurangan ini
ku sesali kejahilan ini

...................

12 mac '09..
hr ni aku cukup berdebar2..segala kerja cam ade je y xkena..aku menanti..dan terus menanti..menanti panggilan dari adik tersayang utk mmberita kan khabar gembira ttg result SPM nya..sejak semalam k.de dok sms, 'kakak, k.de takot arr'.. sbr adikku, istighfar byk2, mnta doa mak ayah..lg sms dr k.de, 'kakak, risau laa', 'kakak, doakan k.de ya'...ermm k.de risau pe?? bukan ke k.de dh wat sebaik mungkin? kakak cukup yakin dengan adk kakak ni..jangan risau laa..InsyaAllah, ibnusaid kali ini akan mengulangi kembali kejayaan abang sblm ini.. TAKBIR !!!!

petang itu..
aku meneruskan tugas2 seperti biasa setelah mmberi sedikit kata2 peransang, sedikit semangat utk adikku yang masih takut2 utk melangkah ke pejabat SBP I Temerloh, nk ambik result SPM dia laa..tu sbb dia takut hehe..

ketika sibuk melayani kerenah pengadu yang pelbagai masalah, ku terdengar ringtone yang cukup kukenali,

kubertanya pada diri
apa nak jadi bila besar nanti
oh jawabnya, 'i wanna be somebody'


ya, ini lah panggilan yang ku nanti-nantikan..terpapar di skrin 'k.de calling'

assalamualaikum kakak..

wsalam adik hehe..
so, hows ur result?
-dengan cukup xsabar nye aku btanya hehe..

kakak...

ye kak.de syg..cepat laa bgtau..kkk dh xsabar dah ni..-aku bdebar2 dengar suara sayu nya..

kak de dpt 11A..

"YA ALLAH k.de..TAHNIAH dik..kan kakak dh bgtau banyak kali, amalina bermaksud harapan kami..kau memang harapan kami - tp dlm ht ku tertanya2, kenapa suara adikku sayu?

kakak...

ye dik..

kak de xdapat top one di SBP I Temerloh..

sabar ye dik..result 2 pun dah dlm listing top 5 kan??

ye kakak..sekolah ni, bukan cam sekolah dulu..semua hebat2..agak ssh nk jadi top one cm dulu..

xpe dik, 2 kan persaingan sihat..kkk dah cukup bangga dgn adik kkk ni..jgn sedih2 tau..pasni try lg utk next exam..

-sempat ku mengimbau, kenangan lalu..sebelum ini adikku selalu jd y terhebat di sekolah..almost top 1 in exam..bukan nk mmbanggakan diri punyai adik sedemikian..tapi aku bsyukur, dengan usaha kuatnya, dia sentiasa menjadi juara..sblm ni dia ambik PMR di SM Seri Raub, dapat 9A1..disebab result 2 laa, dia terpilih masuk SBPI..tahniah dik..ketika sekolah rendah jua UPSR pun 5A dlm genggaman..

teringat nasihat mak, nama mmg mmpengaruhi individu..nama adalah doa..betul mak, ana sokong sgt2..syukur aku mmiliki mak ayah yang cukup faham ttg ini..dan kami adik beradik diberi nama yang simple tapi mmiliki makna yang mendalam..
* mohd husni - nama yang mmbawa maksud kebaikan-ilham dari pak natsir ( ilmuan dr Indonesia, y juga guru ayah 1 ms dulu )
* husna - ilham dari Asma Allah, jua sedikit psamaan dgn nm abg..adik manja abg hehe..
* amalina - harapan kami. ya, mmg mjadi harapan kami.InsyaAllah..
* leny Fauzia - asal dari word fa za bmakna kejayaan..leny-ambil nm saudara terdekat mak..

13 mac 09
Penghulu segala hari..awal pg lg hujan lebat menyirami bangi bandar ilmu..tempat len xtau laa hehe..syukurku, kunci IBNUSAID WPG 9509 di amanahkan pada ku..kalo x, kompem laa masuk opis kul 12..cmna nk redah hujan kalo naik CAR or BFV, betul x sahabat?
nnti sape y ssh? sape y demam? eee hari2 nk kna mrh, kalo sehari xkena mrh x sah hehe..
maaf ye teman, kata2 mu, ku posting dlm blog daif ku ini..

tengahari..
doa ku mengiringi kedua2 adikku y dlm pjalanan ke KL..dua2 adik ku ppuan, kkk mn y x risau..dh laa dpt bas y blainan walaupun dr tmpat y sm dan destinasi y sm..pesan ku buat k.de, smpai KL, tggu adik 2, gerak sm2..tggu arahan dari kkk..maaf kkk xdapat ambik kat KL cm bese..kkk sorang2 kat opis, xleh nk tggal cm2 je..syukur la k.de ckup memahami..memahami tggjawab nya sebagai seorang kakak..

aku mula penin memikirkan pjalanan adikku dari KL ke bangi..biasanya, aku setia menunggu mereka di Titiwangsa..tp kali ni, atas kekangan kerja n masa, aku mharapkan bantuanMu Ya Allah..

Dipendekkan cerita, Allah gerakkan hati seorang teman, dia sanggup mengofferkan diri menjemput adik2 kesayangan ku itu..Thanks teman, kau cukup memahami..ermm mungkin dia fhm, dia pun ada adk ppuan..

Dan dgn izinNya la, adik2 ku, smpai dgn selamat..tpacak, tsenyum2 dpn pintu opisku..sedikit ucapan tahniah bserta kucupan manis hinggap dipipi kak de..jua pelukan erat utk adik2 ku kerana sudah lama tidak bertemu muka..


ermm dh jam 6 ni..jom p mkn kat BBB tomyam, kkk blanje hehe...maaf kkk xlarat nk msk ptg ni..kukira ni hadiah kecil utk adik2 dan teman y mmbantu ku..doakan kkk murah rzki dik, pnjg umur n cpat kawen hihi..ayat biasa y ku lafazkan dpn adk2..sekadar jd ulaman pd ptg 2..



usai acara makan2, gerak balik ke dstinasi..

kpd mu teman,
ku mohon sokongan
pengorbanan dan kesetiaan
telah ku ungkapkan segala2 nya

hehe sempat lg 2.. trima kasih y xterhingga sggup mengambil berat hal adik2 ku..doaku utk mu moga dimurahkan rezeki dan tcapai segala y di impikan...caiyok-caiyok !!!


14 mac 09
Plan y dh lm ku rancang..bw adik2 p mkn ns dgg..ajk wany, k.hawa n yusuf p skali..tp wany keje lak..jom k.hawa, sy ambik akk kul 8.30..wahh hensem yusoff hr ni..cubitan syg singgah dipipi mugilnya..

bmula laa citer kat kedai ns dagang kat gate 1..ms mkn xleh bcakap hehe..

hbs acara makan2, p round2 putrajaya..bukan pe, sekadar mengisi ms adik2, selebihnya aku xtau nk bw dorang p jln mn..WPG 9509 x dbenarkan p jauh2..temankan adik2 bli alatan sekolah..kul 12, blk sbb k.hawa nk keje ptg 2..yusuff lak dh ngantuk dh 2..

singgah opis sat, adk nk online UPU..aku ambik kesempatan tlg staff opis wat preparation utk pameran kat stadium kajang..usai sudah tgjwb ku..

arghh penat lak..jom p round2 lg..kuar lg p cari buaian dan car seat utk ank buah tsayang kat area seksyen 9..tiba disana, skali lg hujan lebat siap petir bdentum2..ya Allah, cmna laa aku nk drive blk dgn cuaca cmni?

tepat sangkaan ku, beberapa tempat disepanjang laluan ku, ditenggelami air yang kukira ckup tggi utk kuredahi dgn WPG tu...Ya Allah kau selamat kan laa pjalanan ku..bw insan tsayang ni..takutt...tp akhirnya, aku selamat tb di teratak ku..syukur ku kpd Mu ya Allah..
dan malam itu, masing2 keletihan..zzzzzzzz......



15 mac 09
hr ni kna btugas di stadium..jg booth pej ADUN Bangi..ermm jg booth?? cm sm je kita ni kan teman? sm2 kena jg booth hehe..tp aku kna jalankan kewajipan ku..pas je sarap, aku gerak p KL, anta adik2 nk blk raub..waaa bl lg n jmpa kalian?? maaf kan kkk xdapat hantar sampai rumah..ermm xpe, kalian kan dah makin besar, blaja bdikari sket..

alhamdulillah, pas adik2 gerak kul 1, aku gerak blk bangi..kna p stadium gak walau dh lewat hehe..mlm tpaksa cancel kan prog di stadium..penat sgguh hjg mggu ni..


16 mac..
1st day aku keje sorang2 kat opis..penat nya ya ampun..mcm2 aduan aku terima..smpai postg ini ditulis, lebih 20 org dtg wat aduan..mcm2 karenah y tpaksa aku hadapi..baru sat td, sorang pakcik marah2 dgbn bhs y aku xpaham..maaf ye, p.cik 2 de mslh ptuturan ket..last2, aku mnta no tel dia utk feedback dr YB..betul2 xpaham pe y dia ckp..maaf ye pak cik..sy de hal ni..nk penuhi tuntutan mata..ngantok..