7/19/2010

jom try..


bismillah...

Zaman sekarang ni kalau anda masih menaip dengan satu atau dua jari sahaja memang takleh terima…

Biasanya orang akan menaip dgn 3 jari sahaja kiri dan kanan…tapi tak kira anda menaip dengan selaju mana pun, anda still xleh claim yg anda boleh taip dgn laju sekiranya anda tak menaip dengan menggunakan sepuluh jari..

So bagaimana cara untuk menaip dgn laju? Yup..semua orang pun teringin nak menaip dgn laju..bile tengok apa2 cerita kat tv tengok diorang taip laju gile babeng mesti kite terasa ‘cool’ gile kalo dapat taip camtu..walhal diorg tu kadang2 bukan taip betul2 pun…main tekan je tu..haha..memang satu advantage pada kita kalau dapat menaip dgn laju, apatah lagi kalau korang bekerja di syarikat yang 100% menggunakan komputer dalam operasi mereka..kalau korang betul2 dapat taip dgn laju, boleh masukkan dalam ruangan “kelebihan @ skill” dalam resume korang. Apabila korang diterima bekerja di mana-mana syarikat sebegini, percayalah bahawa korang mempunyai eset saham sebanyak 100% dari kepercayaan bos.

Akan tetapi, betapa sedihnya bila bos korang usya korang menaip dengan tersangat lembap dan percayalah juga saham korang pada hari tersebut akan jatuh merudum hingga tinggal 20%. Ini adalah perumpamaan sahaja yer. Mungkin juga tinggal 0% kalau tahap korang menaip dah macam kura-kura ingin belajar menaip.

So dalam post kali ini saya akan share sikit cara2 untuk kita taip dgn laju..saya pun masih dalam peringkat belajar lagi untuk menaip dgn laju gak..yang penting kita sentiasa berusaha untuk memajukan diri kita..

Mana2 kelas yang kita pergi pun..memang mereka akan ajar kita menaip dgn 10 jari..Sememangnya keyboard yg kita pakai ni di-design untuk kemudahan menggunakan 10 jari..begini caranya, pastikan jari anda berkeadaan seperti gambar di bawah:

Align LeftJust kidding..ahahaha…ok2..kali ni serius:

Korang perasan tak di keyboard korang ada satu tanda kecil yg timbul pada huruf “F” dan huruf “J”..tanda ini bukan untuk kegunaan org buta tau…org buta tak guna keyboard cam kita ni..sebenarnya tanda inilah tempat untuk anda letakkan jari telunjuk anda kiri dan kanan..sekarang cuba praktikkan..letak jari telunjuk kiri anda di atas “F” dan jari telunjuk kanan di atas “J”. Untuk jari2 yg lain sila rujuk di bawah:

Ibu jari

Ikut keselesaan masing2, salah satu jari telunjuk korang akan digunakan untuk menekan “spacebar”..satu lagi jari telunjuk boleh digunakan untuk mengawal mouse jika anda menggunakan touchpad.

Jari telunjuk

Jari telunjuk kiri digunakan untuk menekan butang F, G, R, V, B dan T.
Jari telunjuk kanan pula digunakan untuk menekan butang J, H, Y, U, N dan M.

Jari hantu (tengah)

Jari hantu kiri digunakan untuk menekan butang D, C dan E
Jari hantu kanan pula digunakan untuk menekan butang K, I dan koma (,)

Jari manis

Jari manis kiri digunakan untuk menekan butang S, W dan X
Jari manis kanan pula digunakan untuk menekan butang L, O dan Noktah (.)

Jari kelinking (anak jari)

Jari kelinking kiri digunakan untuk menekan butang A, Q, Z, Shift, Caps Lock dan Tab
Jari kelinking kanan pula digunakan untuk menekan butang (titik bertindih ; ), P, slash (/) dan Enter

That’s it…itu saja asas2 yang korang perlu tau..kalau korang dah biasa, jari2 korang sendiri yg akan bertindak balas menekan huruf yg betul termasuk la nombor2 yang berderet kat atas tu..

So sekarang, korang dah tahu kenapa keyboard tu betul-betul berseni cara susunan dia. Maksudnya, tidak disusun selari antara setiap huruf atas dan bawah. Z, X, C dan V pula adalah huruf paling sukar dicapai kerana itu huruf yang sangat jarang kita gunakan. Keyboard yang biasa kita pakai ni dipanggil keyboard QWERTY (kerana susunan QWERTY di baris pertama huruf keyboard)..ada juga jenis keyboard yg lain seperti AZERT dan Dvorak…ever wonder, siapa yang otai sangat cipta Keyboard QWERTY ni yer? Bill Gate juga kah? Tidak, kerana Typewriter dah lama wujud dari Windows. Hurm… korang tahu siapa?

Jadi, sebagai latihan..korang boleh cuba kepantasan korang menaip..kalau selalu korang praktikkan mesti boleh punya…berikut adalah website2 yang menyediakan latihan untuk menaip pantas. Mulakan menaip dengan perlahan-lahan sambil hafal kedudukan huruf di keyboard. Mula2 memang susah, tapi lama-kelamaan anda akan biasa. Cuba taip sambil memikirkan kedudukan huruf2 tersebut…kalau salah tekan pun xpa, xde sape nak marah…

10-fast-fingers.com – Program tutorial ini mengajarkan anda penempatan jari pada setiap sesi pelajaran. Juga terdapat dalam Bahasa Melayu.

goodtyping.com – Ia memiliki sebanyak 27 pelajaran, dengan 18 susunan keyboard yang berbeza dan tersedia dalam banyak bahasa.

Learn2Type.com – Menawarkan test menaip untuk anda yang menghargai kemampuan, selain mengajarkan dalam format QWERTY, mereka juga menawarkan format AZERT dan Dvorak. Juga tersedia pelajaran untuk kanak-kanak.

PowerTyping.com – Laman web ini menawarkan layout QWERT dan Dvorak, namun penampilannya kurang menarik.

Typing-Lessons.org – Laman web ini memberikan kesan 1990-an. Ia mengajarkan anda kemampuan awal untuk menjadi juru taip.

TypeOnline.co.uk – Menawarkan sesi pembelajaran dengan penempatan tombol keyboard normal, ia juga memiliki sesi untuk touch typing dan ujian kepantasan.

TypingWeb.com - Tutor online dengan fungsi yang lengkap, permainan, dan statistik untuk mengetahui perkembangan anda. Sistem ini dapat diakses oleh individu secara percuma, dan mereka juga menawarkan pakej untuk sekolah serta syarikat.

Terdapat juga games2 yang dicipta untuk meng’improve’ kelajuan typing anda…antaranya:

Qwerty Warrior - game aneh yang dapat membuat anda ketagihan, game ini memaksa anda menaip dengan lebih cepat sebelum musuh menyerang anda.


SELAMAT MENCUBA

dan

SELAMAT MAJU JAYA !!!


7/17/2010

rindu yang teramat

bismillah...
ya Allah, aku bersyukur kepada Mu memberi ku ruang untuk menjengah blog usang ini...
sudah terlalu lama bagi ku tidak mencoretkan kata, menitipkan pena disini...

aku rindu ya Allah..aku rindu zaman 'blog' yang sedikit sebanyak mengingatkan hobiku dibangku sekolah..buat teman-teman sekolah, kalian pasti pernah terbaca beberapa karya ku yang berjaya menembusi meja editor sidang redaksi sekolah..jika diingatkan semula, ada yang meminta dalam diam supaya kisahnya kujadikan cerpen, minta dizahirkan di dalam serangkap puisi...maaf teman-teman, hajat kalian tidak kesampaian ketika itu...ketika itu, kita sama-sama mengejar masa, mengejar cita-cita..

ya Allah, aku rindu..kuteringat karya-karya lama ku..jika blog sudah mujud dizaman itu, pasti aku abadikan coretanku di blog..malangnya zaman itu yang ada hanyalah helaian kertas dan pena...mana mungkin bisa bertahan lama...

walaupun coretan ku ketika itu hanyalah sekadar hasil nukilan seorang remaja yang masih mengejar cita, tapi aku cukup bangga bila coretan ku terpampang di helaian majalah sekolah...cukup lah sekadar cuma..Buat cikgu Hassanuddin Mat Isa (salah seorang diantara novelis negara kita), jasa mu tetap ku kenang..atas didikan beliau lah aku mampu berbuat demikian..

itu semua sudah berlalu..sepuluh tahun berlalu segala kenangan itu...........