11/07/2009
eee...
11/06/2009
11/05/2009
selamat pengantin baru..



p/s : pic2 di atas sekadar hiasan shj..ni antara sahabat yang akan melansungkan walimah dlm bulan nov dan dis ni..InsyaAllah jika bkesempatan akan hadir dan maaf jika xdapat memenuhi undangan kalian..Semoga kalian sentiasa di bawah limpahan Rahman dan kasih sayangNya..
moga peroleh zuriat yang soleh dan solehah..ameenn..
pe cerita kkk ku y sorang ni..
sape2 kenal dan memiliki no hp wanita anggun bertudung labuh warna krim ni, sila hubungi sy secepat mungkin sbb sy nk btanya khabar beliau dan puteri sulung nya 2..aku kangen sama dia..
hahaha...ni la kak intan..ms ni kami jd miss alkhairiah..org sibuk2 program, kami dok candid kat blakang..sj nk ilang penat pas ragging adik2 program..bl punya prog?? rahsia hehe..
sorry ye kak..sj nk glamer kan akk..meh laa dtg bangi jmpa kami ni..
selamat hari lahir..
selamat hari lahir buat sahabat, azlan Hassan pd 2 nov lalu..maaf agak lmbat wish hehe..semoga bbahagia disamping isteri tercinta, 10/08/2009
anak2 kak Rozi..
anak sulung - humairaa' Imtiyaz umo 3 tahun..lnsung xbg peluang aku dukung adik dia..takut aku ambik bw blk hehe...baru je bgun tido..nk bgambar punya pasal, segar je mata eh..
sorry laa, pic ummi dorg ni xleh disiarkan..takut kna royalti lak haha..
dia yang sgt dirindu..
dh 2 minggu aku xjumpa sikecil ni..rs cm dh bbulan2..
muka lumm kenyang heheh..budak kecik y kuat makan..
try songkok abah...
muka ngantuk..
10/05/2009
alhamdulillah..moga diberkati
9/16/2009
tak habis2..cari padah..
Seorang remaja berusia 15 tahun yang bakal menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini, Mohd. Luqman Abudin mungkin akan dipotong lima jarinya akibat terkena letupan mercun bola kelmarin.
Kejadian yang berlaku pukul 5 petang di Kampung Teloi Tua, Jalan Batu Tiga, Sik dekat sini itu disedari oleh ibu mangsa, Siti Zainab Che, 52, apabila anak bongsunya itu menangis dengan lima jari telah hancur.
Tambah Siti Zainab, anaknya sebelum itu ada mengatakan hendak membeli barang tetapi dia (Mohd. Luqman) tidak memberitahu barang apa yang hendak dibelinya.
8/28/2009
makan...makan..makan..
ADAB MAKAN DAN MINUM DALAM BULAN RAMADHAN
Pertama sekali jangan berlebih-lebihan makan dan minum semasa berbuka puasa. Kuatkan azam. Anda mampu melakukannya. Berniat dengan ikhlas dan pohon pertolongan daripada Allah
Cuba amalkan dan hayati berbuka puasa dengan 3 biji kurma dan segelas air mineral atau sebaik-baiknya air zam-zam.
Tunaikan solat maghrib secara berjemaah, sebaik-baiknya di masjid atau di surau. Berusaha solat di masjid atau di surau akan mengelakkan anda makan berlebih-lebihan. Demikian juga solat berjemaah bersama keluarga anda di rumah akan mengelakkan anda berada terlalu lama di meja makan.
Setelah selesai solat maghrib makanlah sekadar yang perlu. Lebihkan makan sup sayur-sayuran yang kurang berlemak. Jangan makan nasi berlebihan, Elakkan berbuka puasa dengan ais, Makan lah lauh ayam dan daging secara sederhana. Lauk ikan hendaklan di utamakan.
Bersiap sedia lebih awal untuk solat Isya’ dan solat terawih. Sempurnakan solat terawih semampu yan boleh anda kerjakan.
Selepas solat terawih anda di syorkan mengalas perut dengan sedikit makanan ringan seperti kurma, kuih, buah-buahan, salad dan jus buah-buahan. Jika anda merupakan peminat kopi atau the, minumlah secara sederhana.
Tidur awal agar anda boleh bangun untuk bersahur. Adalah lebih baik jika anda mampu menyambung solat malam anda beberapa rakaat lagi.
Bersahurlah walaupun dengan segelas air mineral atau air zam-zam. Jika anda makan nasi dengan lauk, makanlah satu jenis protein sahaja dalam suatu hidangan makanan. Disamping itu, kurangkan lah makanan yang berlemak, berminyak atau yang mengandungi garam yang tinggi.
Allah telah menciptakan organ-organ dan system tubuh badan kita di aktifkan bersesuaian dengan tuntutan ibadah serta perubahan fizikal dan fisiologikal sepanjang Ramadhan. Sistem ini mampu bertahan engan makanan dan minuman yang kurang jika di bandingkan dengan bulan- bulan yang lain. Namun begitu, system tubuh badan ini tetap mampu mengekalkan seseorang mukmin dan mukminah untuk terus sihat dan aktif sepanjang bulan Ramadhan.
8/27/2009
i'm free...
8/20/2009
rekreasi minda @ d' congkak forest...
prog ni lebih kepada rekreasi minda..sj je nk kurangkan stress adik2 ni..sambil2 2 kami korek2 pe masalah dorang..yelaa kan, masing nk exam SPM hujung tahun ni, so kami nasihatkan laa sedikit sebanyak, bg mereka ni semangat sket..
ok x aku bw motor cenggini?
menu y sgt seimbang utk naikkan bumper hehe..
cute tak ??
8/13/2009
dalam kenangan...

Menurut saksi, Asri jatuh di hadapannya ketika membuat persembahan itu dan ketika diperiksa dia sudah meninggal dunia.
Sementara itu, Harakahdaily ketika menghubungi salah seorang petugas pemasaran kumpulan nasyid itu mengesahkan berita tersebut.
Badrulhisham Jamaluddin daripada bahagian pemasaran kumpulan Rabbani mengesahkan bahawa Ustaz Asri meninggal dunia selepas rebah di RTM pagi tadi.
"Saya tidak tahu apa puncanya,"katanya yang sedang dalam perjalanan ke Hospital Pantai ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.
Pahlawan Nasyid
Dalam pada itu, anggota Kumpulan Nasyid Raihan menyifatkan allahyarham Ustaz Mohd Asri Ibrahim yang juga vokalis Kumpulan Rabbani sebagai 'pahlawan nasyid' yang sukar dicari ganti.
Salah seorang anggota kumpulan terbabit, Che Amran Ibrahim ketika dihubungi memberitahu, pemergian vokalis nasyid yang bersuara �emas� itu amat sukar dicari ganti.
"Berita kematiannya yang mengejutkan itu memang memeranjatkan kami, sama seperti anggota kami yang telah meninggal dunia dahulu allahyarham Zaiery yang pergi dengan cara mengejut,"ujarnya dalam sebak menahan kesedihan.
Beliau seterusnya memberitahu, Asri yang bersuara 'emas' sebenarnya ikon kepada kumpulan nasyid yang ada pada hari ini.
Jelasnya, walaupun Rabbani hanya ditubuhkan pada tahun 1998, namun namanya telah lama terkenal dengan seni irama nasyid sejak sekian lamanya khususnya sewaktu menganggoti Nadamurni.
"Begitu juga anggota Raihan yang ditubuhkan sebenarnya turut mendapat respond yang baik dari allahyarham sendiri, bahkan allahyarham turut memberi saranan supaya perbanyakkan kumpulan nasyid.
"Ianya bertujuan supaya masyarakat turut mendapat hiburan alternatif yang menjurus kepada Islam sebagai mengimbangi lagu-lagu versi lain yang ada pada hari ini,"ujarnya. 
Ulama nasyid
Kali terakhir bertemu dengan allahyarham dua malam lalu untuk berbincang tentang program nasyid yang bakal diadakan bersama selepas ini.
Sementara itu, anggota Kumpulan Hijjaz, Isman Hisyam,40, menyifatkan allahyarham sebenarnya seorang ulama yang masyhur dalam nasyid.
"Walaupun kita nampak dia bernasyid, tetapi sebenarnya dia seorang ulama bahkan tempat anggota kumpulan nasyid membuat rujukan khususnya tentang Islam,"ujarnya.
Beliau yang kini berada di Kota Bharu untuk promosi Kopi Hijjaz, bagaimanapun melahirkan rasa terkilan sebab tidak dapat pulang menziarahi allahyarham buat kali terakhir kerana masaalah tiket penerbangan telah habis.
Menurutnya, semua tiket sama ada MAS, Firefly, Air Asia kesemuanya habis untuk penerbangan hari ini.
Jelas Isman lagi, beliau amat terkejut dengan berita yang baru diterima apabila salah seorang anggota Kumpulan Rabbani 'Azadan' menghubunginya memberitahu Asri sudah meninggal dunia.
"Kami macam adik beradik walaupun berlainan kumpulan sebab kumpulan nasyid mana-mana pun menuju ke arah yang sama iaitu membawa manusia ke jalan yang benar serta sentiasa mengaggungkan Allah,"ujarnya.
Tambahnya, lagipun kumpulannya sentiasa merangkakan program bersama khususnya rakaman 'zikir' bersama Rabbani.
Sehubungan itu, beliau menyeru semua peminat Rabbani khususnya umat Islam mendoakan kesejahteraan allahyarham agar mendapat limpahan rahmat yang tidak perbah putus.
"Kami juga berharap semua peminat seni nasyid tanah air supaya bersabar menerima berita yang begitu menyentuh jiwa ini,"ujarnya yang tidak dapat menahan sebak.
Untuk rekod, salah seorang anggota Hijjaz, iaitu Salleh telah meninggal dunia akibat masalah paru-paru, ianya diikuti dengan anggota kumpulan Raihan, Zaery meninggal dunia akibat serangan jantung beberapa bulan selepas itu.
Juara ABP lapan tahun berturut-turut
Ustaz Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.
Beliau menyertai kumpulan nasyid terkenal itu sejak ia ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai oleh sembilan orang termasuknya.
Kehilangan Asri kini bermakna hilanglah tunjang Rabbani memandangkan arwah banyak menyumbangkan kemajuan prestasi dan memberikan kejayaan kepada Rabbani.
Atas kejayaan itu, maka tidak hairanlah jika Rabbani dijulang sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) selama lapan tahun berturut-turut.
Kemunculan Rabbani yang turut dianggotai oleh Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman ini adalah dengan konsep yang tersendiri.
Dalam tempoh lebih 12 tahun berada dalam industri ini, Rabbani telah menghasilkan 19 buah album seperti 'ARAH Dari Mana? Ke Mana?' (1997), 'Pergi Tak Kembali' (1999), 'Intifada' (2000), 'Yalla Beena' (2004) dan yang terbaru, 'Nostalgia Nada Murni'.
Al-fatihah....
KUALA LUMPUR: Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim meninggal dunia di Hospital Pantai, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung. Allahyarham Asri dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.
Allahu Akbar.Semoga Allah menempatkan roh dikalangan orang-orang yang syahid
* teringat sahabatku adik bongsu arwah, k.nurul mabruroh yang sgt baik, sentiasa ceria..moga k.nurul tabah menerima kenyataan..
















