5/31/2009

selamat pengantin baru, intan...

ni kad ucapan utk intan..

da lm gak xwat gubah2 cmni..kekok lak bl nk mula kan..ni laa hasil y xseberapa utk cik intan..oppss da jd puan da heheh..maaf ye intan utk hasil y xseberapa ni..

geram....

tgok teddy bear ni cute je..sempat dok lepas geram jap..yelaa kecik2 dulu xmerasa laa nk dpt teddy cm2..mak yah x galakkan kami adik bradik men patung2..y bese kami dpt buku2..sudahnya seme ibnu n bintu said berkaca mata..trade mark kami 4 serangkai hehe..

ermm ok x kalo aku pakai kasut ni p keje?? pakai lak dgn jubah cm pic atas 2..waaa pinky in the black hehe..

kegilaan ku..

2 dia husna bl da jumpa air..ibarat ombak dan pantai hahaha...ds lm x wst hobi y best ni..penah dulu, tiap hujung mggu p pantai2 kat area kuantan..p sj2 jln2 mkan angin, kononnya nk hilangkan stress study hehe..1 terapi yang baik, tp jrg2 dpt amalkan sejak dok bangi ni..pantai mn nk p?? pantai dalam???

kalo ikutkan ht, mau je berendam kat sn, tp ms dan keadaan x mengizinkan, so aku pendamkan je laa..xpe, ms nya akan tiba jua..tgguuuuuuuu..

5/26/2009

Wanita Sebagai Ibu

Sejarah tidak pernah mengenal adanya agama atau sistem yang menghargai kedudukan wanita sebagai ibu yang lebih mulia daripada Islam. Sungguh Islam telah menegaskan wasiat terhadap wanita dan meletakkan wasiat itu setelah wasiat untuk bertauhid kepada Allah dan beribadah kepada-Nya.

Islam juga menjadikan berbuat baik kepada wanita itu termasuk sendi-sendi kemuliaan, sebagaimana telah menjadikan hak seorang ibu itu lebih kuat daripada hak seorang ayah, kerana beban yang amat berat mereka rasakan ketika hamil, menyusui, melahirkan dan mendidik. Inilah yang ditegaskan oleh Al Qur'an dengan diulang-ulang lebih dari satu surah agar benar-benar difahami oleh kita anak manusia. Sebagaimana firman Allah SWT:

"Dan Kami wasiatkan (perintahkan) kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapanya; ibunya telah mengandungnnya dalam keadaan lemah yang betambah-tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hannya kepada-Kulah kembalimu." (Luqman: 14)

"Kami wasiatkan (perintahkan) kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya, ibunya mengandungnya dengan susah payah (pula). Mengandungnnya sampai menyusukannya adalah tiga puluh bulan...." (Al Ahqaf: 15)

Ada seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW lalu bertanya,"Siapakah yang paling berhak saya layan dengan baik?" Nabi bersabda, "Ibumu," orang itu bertanya, "kemudian siapa lagi?" Nabi bersabda, "Ibumu," orang itu bertanya, "Kemudian siapa lagi?" Nabi bersabda, "Ibumu, - orang itu bertanya, "Kemudian siapa lagi?" Nabi bersabda, "Ayahmu. (HR. Bukhari Muslim)

Al Bazzar meriwayatkan, ada seorang lelaki sedang tawaf dengan menggendong ibunya, maka lelaki itu bertanya kepada Nabi SAW "Apakah (dengan ini) saya telah melaksanakan kewajiban saya kepadanya?" Nabi menjawab, "Tidak, tidak sebanding dengan satu kali melahirkan."

Berbuat baik kepada ibu bererti baik dalam berinteraksi dan menghormatinya, merasa rendah di hadapannya,
mentaatinya selain dalam kemaksiatan dan mencari redhanya dalam segala sesuatu. Sehingga dalam masalah jihad sekalipun, apabila itu fardhu kifayah, maka tidak boleh kecuali dengan izinnya, kerana berbuat baik kepadanya termasuk dalam perkara fardhu 'ain.

Ada seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW, lalu ia berkata, "Wahai Rasulullah, saya ingin ikut berperang, saya datang untuk bermusyawarah dengan engkau." Maka Nabi SAW bertanya, "Apakah kamu masih mempunyai ibu?" Orang itu menjawab, "Ya." Nabi bersabda, "Tetaplah kamu tinggal bersamanya, sesungguhnya syurga itu berada di bawah kedua telapak kakinya." (HR.Nasa'i)

Ada sebahagian sistem yang merendahkan kedudukan seorang ibu dan tidak menganggapnya penting, maka datanglah Islam memberikan wasiat kepada saudara ibu lelaki dan perempuan dan saudara ayah lelaki dan perempuan.

Di antara keajaiban Syari'at Islam itu adalah bahwa Islam itu memerintahkan kita untuk berbuat baik kepada ibu, meskipun dia musyrik. Sebagaimana yang ditanyakan oleh Asma' binti Abu Bakar kepada Nabi SAW tentang hubungannya dengan ibunya yang musyrik. Maka Rasulullah SAW bersabda, "Ya, tetaplah kamu menyambung silaturrahim dengan ibumu." (HR. Muttafaqun 'Alaih)

Antara perhatian Islam terhadap seorang ibu dan haknya serta perasaannya bahawa Islam telah menjadikan ibu yang dicerai itu lebih berhak untuk merawat anaknya dan lebih baik daripada seorang ayah.


Ada seorang wanita bertanya, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya anakku ini dahulu saya yang mengandungnya, dan susuku menjadi minumannya dan pangkuanku menjadi tempat ia berlindung. Tetapi ayahnya telah menceraiku dan ingin mengambilnya dariku, maka Nabi SAW bersabda kepadanya' "Engkau lebih berhak (untuk merawatnya) selama engkau belum menikah." (HR. Ahmad)

Umar dengan isterinya yang dicerai pernah mengadu kepada Abu Bakar tentang anak lelakinya yang bernama 'Ashim, maka Abu Bakar memutuskan untuk memberikan anak itu kepada ibunya. Kemudian Abu Bakar berkata kepada Umar, "Baunya, ciumannya dan kata-katanya lebih baik untuk anak itu darimu." (HR. Sa'id)

Kedudukan ibu yang telah diperhatikan oleh Islam dengan sepenuh perhatian ini dan yang telah diberikan untuknya hak-hak, maka dia juga mempunyai kewajiban, yakni mendidik anak-anaknya, dengan menanamkan kemuliaan kepada mereka dan menjauhkan mereka dari kerendahan. Membiasakan mereka untuk taat kepada Allah dan mendorong mereka untuk mendukung kebenaran dan tidak menghalangi mereka untuk turut berjihad kerana mengikuti perasaan keibuan dalam hatinya. Sebaliknya dia harus berusaha memenangkan seruan kebenaran daripada seruan perasaan.

Kita pernah melihat seorang ibu yang beriman seperti Khansa’ di dalam peperangan Qadisiyah. Dialah yang mendorong empat anaknya dan berpesan kepada mereka untuk berani maju ke depan dan teguh menghadapi peperangan dalam kata-katanya yang mantap dan menarik. Ketika peperangan belum selesai, sudah ada pemberitahuan bahwa semua anaknya telah syahid, maka Khansa tidak gusar ataupun berteriak-teriak, bahkan dia berkata dengan penuh redha dan yakin, "Segala puji bagi Allah yang telah memberi kemuliaan kepadaku dengan gugurnya mereka di jalan-Nya."

5/16/2009

Terperangkap di pusara ibu..

" Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah hari itu. 1 September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng-gelengkan kepala.

Pasti ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka bincangkan, kata saya di
dalam hati. Setelah enjin motosikal dimatikan, saya berjalan ke arah
mereka.

" Bincang apa tu? Serius saya tengok," saya menyapa.
" Haaa...Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar
dari kubur emak dia? " kata Jaimi, kawan saya. " Budak perempuan? Tak boleh keluar dari kubur. saya tak faham bah," jawab saya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu.

" Macam ni," kata Jaimi, lalu menyambung, " di kubur kat kampung Batu 10 tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu. Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia... tapi belum boleh lagi ".

" Kenapa jadi macam tu? " saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih
mendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual..

Jaimi memulakan ceritanya. Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempuan berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimanapun, ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang.

" Bukannya banyak, RM 20 saja mak! " gadis itu membentak.
" Mana emak ada duit. minta dengan bapa kamu," jawab ibunya perlahan. Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi, lemah jantung dan kencing manis.

" Maaak... kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak," kata gadis itu. " Yalah, mak tau... tapi mak tak ada duit," balas ibunya. "
RM 20 saja! " si gadis berkata. " Tak ada," jawab ibunya. " Emak memang kedekut! " si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.

" Bukan macam tu ta..." belum pun habis ibunya menerangkan, gadis
tersebut menyanggah, katanya, " Ahhh...sudahlah emak! Saya tak mahu
dengar! " " Kalau emak ada du... " ibunya menyambung , tapi belum pun
habis kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya ; " kalau abang,
boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada! "

Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu. Si ibu jatuh ke lantai. " Saida.. Sai.. dddaaa.." katanya
perlahan sambil mengurut dada. Wajahnya berkerut menahan sakit.

Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai. Dia
sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik,
dibalingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan sementara di luar,
suasana sunyi sepi.

Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah
terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila dipegang ke
pergelangan tangan dan bawah leher, tidak ada lagi nadi berdenyut.

Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya,tapi tidak
bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melalui
jiran-jiran, kematian wanita itu diberitahu kepada bapa gadis yang
bekerja di luar.

Jaimi menyambung ceritanya; " Mak cik tu dibawa ke kubur pukul 12.30
tadi. Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nak
dimasukkan ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya sendiri pun tak dapat bantu."

" Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi
ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi
kubur."

Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan.

Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad. Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba kakinya tidak boleh diangkat. Ia seperti dipaku ke tanah. Si gadis mula cemas.

" Kenapa ni ayah? " kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi. "
Apa pasal," Si ayah bertanya. " Kaki Saida ni.. tak boleh angkat! "
balas si gadis yang kian cemas.

Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demi
seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.

" Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat... tak boleh nak naik,"
gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya.

Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebut
melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi dipanggil untuk menariknya
keluar, juga tidak berhasil.

" Ayah...Kenapa ni??!! Tolonglah Saida, ayah.." si gadis menangis
memandang ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur.

Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cuba menariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak di tanah. Tangisannya bertambah kuat.

" Tolong saya ayah, tolong saya...Kenapa jadi macam ni ayah? " kata si
gadis sambil meratap. " Itulah, kamu yang buat emak sampai dia
meninggal. Sekarang, ayah pun tak tau nak buat macam mana," jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu.

Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak
berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.

" Emak...ampunkan Saida emak, ampunkan Saida..." gadis itu menangis. Sambil itu dipeluk dan dicium jenazah. Air matanya sudah tidak boleh diempang lagi. " Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal... Saida menyesal.. Ampunkan Saida emak," dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku.

Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh di tarik
keluar. Beramai-ramai orang cuba mengeluarkannya namun kecewa. Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu dikambus.

" Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat dilihat lagi.
Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu saja... kalau hujan macam mana? " kata imam kepada bapa gadis berkenaan.

" Habis anak saya ?" tanya si bapa.
" Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali, mayat
isteri awak disempurnakan, anak awak kita selamatkan," balas imam.

Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang diputuskan,upacara
pengebumian terpaksa diteruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya.
Bagaimana pun kubur dikambus separas lutut gadis saja, cukup untuk
menimbus keseluruhan jenazah ibunya.

Yang menyedihkan, ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila talkin
dibaca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil.

" Bila dah lama sangat. saya balik kejap untuk makan. Dah lapar sangat.
Lepas itulah saya singgah ke kedai ni. Lepas ni saya nak ke kubur lagi.
Nak tengok apa yang terjadi," kata Jaimi.

" saya pun nak pergilah," kata saya. Lalu kami semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur.

Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana. Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan pantas menuju kubur yang dimaksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah orang ramai yang sedang bersesak-sesak.

Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai kebarisan paling
hadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di
depan kami telah dibuat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh
meter daripada kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun. Di dalam kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata masing-masing.

Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis berkenaan adalah kenalan saya.

" Pssstt...Raie...Raie..Psstt," saya memanggil, Raie yang perasan saya
memanggilnya mengangkat tangan. " Boleh saya tengok budak tu? " saya bertanya sebaik saja diadatang ke arah saya.

" Mana boleh. Keluarga dia saja yang boleh," jawabnya perlahan-lahan seperti berbisik. Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan, khuatir ada
orang yang tahu. " Sekejap saja. Bolehlah..." saya memujuk.

Alhamdulillah, setelah puas dipujuk dia mengalah. Tanpa berlengah, saya menyusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie, seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada saya berdebar kencang. Pertama, risau & takut dihalau keluar. Kedua, tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan.

Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya sampai ke pusara yang dimaksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang
polis memerhatikan kedatangan saya.

Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu supaya saya tidak dihalau. Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur.

Bila dijenguk kedalam, dada saya serta-merta terasa sebak. Saya lihat
gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis
teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih; "Emak... ampunkanlah Saida, Saida sedar, Saida derhaka pada emak, Saida menyesal, Saida menyesal.."

Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang
bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah ibunya. " Emak...lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan saya," Ditarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga.

Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur. Nyata
mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat untuk
menyelamatkan gadis berkenaan.

" Sudahlah tu Saida...makanlah sikit nak ," rayu bapanya sambil
menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebut langsung tidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya.

Hampir menitis air mata saya melihat Saida. Tidak saya sangka, cerita
datuk dan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata.
Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibu bapa akan di balas 'tunai'.

Malangnya saya tidak dapat lama di sana. *****a 10 - 15 minit saja
kerana Raie memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu tidak mahu, terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut. Sambil berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap " Ampunkan saya emak, ampunkan saya, Ya Allah, lepaskanlah kakiku ini. saya bertaubat,saya insaf..."

Lantas saya menoleh buat kali terakhir. Saya lihat bapa Saida dan adik
beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk dibawa keluar, tapi
seperti tadi, tidak berhasil. Saya lihat seorang polis mengesatkan air
matanya.

Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu. Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam kepungan lengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan dan jurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak dibenarkan. Mereka merayu bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis, permintaan itu terpaksa ditolak.

Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba. Saida masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Saya pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata. Suara tangisannya
terngiang-ngiang di telinga saya.

Saya diberitahu, sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa. Namun telah disebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat dikeluarkan.

Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang diberi
oleh bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida
menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.

Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut
mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang bercerita.

Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal
dunia. Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar kepanasan
matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari. Mungkin juga
kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana terlalu sedih
sangat dengan apa yang dilakukannya.

Allah Maha Agung...sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian disempurnakan seperti mayat-mayat lain.

Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang
melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang
derhaka.


5/06/2009

kecik2 da minat IT..gud boy..


Muslimah Sejati.....

Kecantikan sebenar seorang wanita itu....
bukan dari rupa parasnya,
bukan dari pangkatnya,bukan dari hartanya,
bukan dari keturunannya,
Kecantikan sebenar seorang wanita itu.....
ibarat mekarnya bunga di taman larangan,
tidak bisa diusik, disentuh, dihidu,
Namun......
dari jauh mata memandang,
berakhlak terpuji,
lembut pertuturan,
sopan ayunan langkah,
yang tua dihormati,
yang muda disayangi,
kaya ilmu dunia akhirat,
aurat terpelihara,
maksiat dihindari,
Kecantikan sebenar seorang wanita itu.....
Terletak di mata hati seorang lelaki.....
Sejauh mana ia menilai hati budi dan pekerti,
Wanita yang dikatakan "muslimah sejati".

Setiap hari adalah hari ibu...

DEDIKASI BUAT IBU TERSAYANG DAN BAKAL IBU
*peringatan utk diriku yang sering alpa

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku.....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
Kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT-SANGAT....

Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau mak sudah tiada..........

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya....Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu".

Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Walauapapun...setiap hari adalah hari ibu.....terima kasih ibu....

5/05/2009

collegemate...


ni hr ahad lepas..k.nana ajak lunch sm2 tp da agak lewat..lunch pe da masuk asar hehe..sj luangkan ms dgn kwn2..y kaler ijo 2 k.nana..y dok tgah 2 mmber ms sekolah menengah dulu..namanya nurul fanie..dia dtg ukm utk kelas PJJ dia..seorg teman y sempoi..dia kata, biar laa apa org kata, jnji aku heppy..ermm boleh ke cm2?? kita hidup dlm masyarakat, so kna ambik kira pandangan masyarakat asalkan xbercanggah dgn agama kita..wallahuaklam...

5/04/2009

my baby true color..

ni laa rupa budak kecik ni kalo nangis..dia ok tp seme hal k cepat2..xleh lambat ket..mula laa cengeng..ermm da besar sok, cepat2 solat, buat pkara2 y baik, xpe laa hehe...semalam genap umurnya 5 bulan..beratnya ya ampun..seme baju dia da xmuat..kami blikan baju utk baby umur setahun, baru sepadan hehe..

3 in 1, action..

syukur alhamdulillah, plan ku bercuti di Raub berjalan seperti y dirancang walaupun timing agak lari ket..mcm2 perasaan ms ni..aku takut apa y aku rancang gagal..walaupun perkara kecik, tp pd aku, mmg ckup2 bmakna..


ni ms bkumpul di rumah wany..nmpak k.yati happy sgt..aku rs ni 1st time dia dtg Raub hehe..mama wany sempat suh kami makan dulu wat alas perut..mkn sup ayam y best..tq mama..pas solat asar, dlm kul 5, kami gerak dari bangi..




sejam pas2, kami smpai di sempadan selangor dan pahang..ni laa sempadannya..terowong y dekat dengan genting sempah..di kaki genting..lina sibuk nk p genting..maaf laa dik, xde dalam agenda la hehe..next time ajak angah n bkl k.ngah p sn ekk..
pas lalu tol bentong, masuk exit bentong, raub n lipis..ni gak laa exit nk ke gua musang n kota bharu..ermm sj nk remind sahabat2 supaya senang nk p raub nnti..xde laa nk sesat smpai kuantan lak..jauh nk u-turn woo..



muka2 xsabar nk sampai raub..aku da nyata laa xsabar2 nk jumpa mak ayah..rindu woo da 2 mggu x jumpa ni..






sblm kul 8, kami da smpai rumah..rehat2 jap sebelum mandi dan mkan..xsedar hp kami sm hehe..hp y tengah2 paling cun kot hehe..pas mkn, dok lepak2 dlm bilik dan zzzzzzzzzzzz...xsabar nk tggu sok pg hehe..
pg sabtu, pas sarapan, kami gerak p bkelah di pulau chekas..dr rumah ambik ms dlm 10 mnt je..lalu jln2 kampung..smbil menikmati keindahan di sepanjang laluan..smpai je, cr port y plg tsorok..senang nk wat aksi hehe...ni laa tmpat aku sokmo lepak kalo dtg cn..agak jauh dr tumpuan org ramai..
ni laa kami bila dh jmpa air..sebijik cm kg girls kalah bdk2 kecik..mcm2 aksi ada tp bukan utk tatapan umum laa hehe..best sgt2 dpt bw dorg dtg cn..


opss 18sx hehe..ni laa bijoy aimi y sokmo dok menempel kalo aku blk kg..sempat culik dia n abg dia jap bw p bkelah skali..ms sggah ambik dia 2, kan men sronok dgr nk bw p men air..melompat2 nk ikut hehe...1st time aku tgok aimi dok rapat dgn org len y dia baru jmpa..dia da xmalu2 nk borak2 dgn cik yati n cik wany dia..ermm 'cik' ?? sorry ye k.yati..aimi tetap pggl sy kakak hehe..




tgok je laa aksi cute aimi ni..xberenggang lansung dgn aku..ms aku p, dia ikut..xmerasa laa nk bebas men air hehe...aku betul2 thibur dgn krenah dia..da lm gak xjumpa bdk kecik ni.. asal aku balik je dia xde..

da penat mandi, kami siap2 nk blk..xleh lm2 sbb wany nk p walimah mmber dia..aku pun nk tlg mak msk utk mkn tghari..ada tetamu istimewa dtg rmh hehe..la ni ntah kat mn2 ntah..sesat smpai ke batu talam la..jauh gak nk pusing balik 2..sian korang, len kali ikut signboard ekk...



ni ms nk blk da..sempat jumpa anakjiran depan rumah..nurbariyyah billah..seingat aku baby 8 bulan ni akan nangis2 bila aku dukung dia..la ni ok lak..mgkin dia ingt aku da siap2 nk bw dia p jln2 kot..sorry laa..next time laa kita pusing2 kg lak..





sempat ambik gambar dgn mak tsayang..da kenyang, hr pun da petang..pas asar kami gerak balik ke kl...takut lewat lak smpai bangi..




nmpak dorang cm xsabar2 nk blk je 2..rs cm nk tggal je..xpuas lg dok jumpa mak..tp nk wat cmna, aku da jnji dgn dorg nk blk sm2..




ms singgah solat mgrb kat R&R genting sempah..xsgka lak jumpa 2 jelitawan dari bangi ni..opss sorry, msg2 da da y punya hehe..sj suka2 snap ms ni hehe..

da usai solat, gerak dr genting sempah..ramai gl org singgah ms ni..nk park pun agak ssh..




waaa...suka btul lina bl lalu terowong ni hehehe..bg y xpenah lalu, 1 pengalaman y menarik..aku kira ni terowong tpanjang di malaysia kot..




ni lakk muka2 xsabar nk balik KL hehe..pas tol gombak kami tsalah masuk simpang lak hehe...dlm sejam gak sesat nk cr BTR..lapo laa plak..singgah mkn jap kat sn...time kasih pd y bmurah ht blanja kami makan..kue tiaw kungfu tmpat 2 mmg best laa..nnt nk mkn lg kat sn hehe..

pas makan kami gerak terus ke bangi..antar lina kat putrajaya sat..sempat lak aku tgok show free..maaf ya, jgn marah hehe..agak kepenatan tp xsmpai ht nk biarkan wany drive sorang2..layan wany borak2, ingt lek apa xtvt kami sepanjang hr ni..ikim cm paham2 je, siap on air lagu2 nasyid y best2..mai kita layann.....



Bagaikan permata di celahan kaca

Kerdipnya sukar tuk dibezakan

Kepada Mu Tuhan

ku pasrah harapan

Moga tak tersalah pilihan

Nur kasih Mu mendamai di kalbu

Jernih setulus tadahan doaku

Rahmati daku dan permintaanku

Untuk bertemu di dalam restu

Kurniakan daku serikandi

Penyejuk di mata penawar di hati

Di dunia dialah penyeri

Di syurga menanti dia bidadari

Kekasih sejati teman yang berbudi

Kasihnya bukan keterpaksaan

Bukan jua kerana dunia

Mekar hidup disiram nur kasih

Ya Allah kurniakanlah kami isteri

Dan anak yang soleh

Sebagai penyejuk mata

Di tangan-Mu Tuhan

ku sandar impian

Penentu jodoh pertemuan

Seandai dirinya tercipta untukku

Rela ku menjadi miliknya

HEBAHAN AKTIVITI - Berakhirnya Agenda ZIonis