4/28/2009

buku, aku dan dia...


Program cmni laa yang memang aku tunggu2 tiap tahun..syok nya tenggelam di hutan buku...mmg xlepaskan peluang utk p tawaf pwtc..seperti tahun2 lepas, xcukup sekali p sn..ada2 je tarikan nak p lagi...macam2 jenis buku yang aku cari, bmula dari bahan bacaan yang ringan sampai laa y agak berat..mana ya aku mampu dan minat, pasti aku rembat..xda ms nak baca?? Tuhan Maha Adil, seme kita diberi masa yang sm..24j xcukup lagi ke?? ermm itu antara kita laa pandai ke tak nak uruskan masa 2..siang sibuk denganurusan kerja..malam dok uruskan hal dengan Tuhan, diri dan rumah..belum masuk hal2 len..

Last day pesta buku, k.nana ajak aku p round2 kat sn sekadar cuci mata..kalo de y bkenan 2 rembat je hehe..ermm nk citer ket hal kkk y sorang ni..da 4 tahun aku xjumpa dia pas kuar KIPSAS dulu...rupa2 nya kami bjiran..Ya Allah kecik nye dunia ni..selama ni aku xtau dia dok ukm..dia last year baru bjumpa smula..

Syukur padaNya btemu dengan kkk ku yang sorang ni..dulu kami sangat rapat aku kira..bilik kami sebelah mnyebelah..habis kuliah dan tutorial, aku jenguk bilik dia..sj ngaco, acara wajib aku hari2 hehe...sorry k.nana, dulu byk sakat k.nana..2 la, dah k.nana 2 tlalu baik..xpenah lnsung aku kna mrh, jentik pun tak hehe..
Kami banyak persamaan..ni y paling best, kami bkongsi tarikh lahir..aku 11 januari 84, k.nana 11 januari 83..tgok je kaler baju yang kami pakai, kebetulan warna yang sama..seakan berjanji lak hehe..sehati dan sejiwa..kami juga punya hobi yang sama..dulu masa study, novel2 k.nana aku rembat bawa masuk bilik..da habis baru pulangkan..kiranya bilik dia 2 da cm library aku laa hehe..tapi 2 dulu masa kami muda2 remaja, novel alaf21 mmg jd santapan ms boring2..tapi kini kami sm2 sedar mengubah sedikit hobi 2 kepada bahan2 yang lebih ilmiah..alhamdulillah..

kalo boleh seme booth kami nak serbu tapi masa cukup terhad..k.nana de meetg mlm 2..jadi kami p mana2 y best je..antara yang jadi tarikan, telaga biru dan al-hidayah..kami tgok n sempat selak2 buku2 baru..ada laa beli ket..

jam da kul 6 lebih..xsedar2 lg 2 hehe..sempat singgah booth anis & asuh..majalah kegemaran k.nana..aku ikut je, layan je..xlupa gak singgah emedia, bukan pe sj nak ziarah n bg semangat kat team uc yang de kat sn hehe..

ni dia adik Muhammad yang dok azan kat TV9 tu...suara dia memang best..sempat la borak2 dgn mak dia jap..dorang dtg 1 family, niat nk cari buku, xpasal2 booth anis jemput adik muhammad dok ngaji kat booth jap..aku tgok family dorang mmg bagus..dari awal lg da terapkan amalan mmbaca kitab suci Al-Quran..bayangkan 5 org adik bradik muhammad ni y plg kecik pun pandai ngaji siap btarannum skali..hebat baetul didikan mak ayah adik muhammad ni..ermm mampu kah aku seperti ibunya?? Wallahuaklam, doa2kan ya..
ni lak gambar ms jj pesta buku hari ahad 19hb y lepas..xperlu coret panjang sbb team uc y len awal2 da bg laporan ttg hal ni..hr 2 mmg penat tp aku tetap hepy..tgok seme gambar siap nmpak gigi hehe..maaf ye, da xreti cmna nk senyum xnmpak gigi..anugerah Tuhan, syukuri..

4/27/2009

count the black dots..


friends..

Sometimes in life,
you find a special friend;
Someone who changes your life
just by being part of it.
Someone who makes you laugh
until you can't stop;
Someone who makes you believe
that there really is good in the world.
Someone who convinces you
that there really is an unlocked door
just waiting for you to open it.

This is Forever Friendship.
This is the sacred RED ROSE.



4/22/2009

si manja TAWAS

nape muncung je bijoy hamiidullah ni?? da boring ke??

abah..kopiah ni besar sangat laa...

ermm bila nak balik ni ?? da ngantuk sgt2 da ni..



tau tak apa ubatnya ??


Semut kongkiak ni lagi besar dari kerengge, memang berbisa dan boleh dijumpai ditanah perkuburan, bukit, berwarna kemerahan..sangat sakitni la ruper dan bentuk semut kongkiak ni.. Dia ni keturunan anai2 ataupun dikenali sebagai Askar berani mati anai2….




4/17/2009

tahniah srikandi !!!


KUALA LUMPUR – Pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Nik Nur Madihah Nik Muhd. Kamal, 18, memilih Jordan untuk melanjutkan pelajaran di bawah biasiswa Bank Negara Malaysia.


Menurutnya, keputusan itu dibuat setelah melakukan solat Istikharah dengan memilih bidang Fizik Islam.


“Saya akan berlepas ke sana pada bulan Ogos atau September ini.
“Buat masa ini saya sedang membuat penyelidikan bersama pihak Bank Negara untuk memilih universiti terbaik dalam bidang Fizik Islam,” katanya.
Nik Nur Madihah berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan buku kisah hidupnya bertajuk Catatan Hati Nik Nur Madihah terbitan Hijjaz Records Publishing (HRP) di sini semalam.


Turut hadir pada majlis itu ialah ibu dan bapanya, Mariyani Omar dan Nik Muhd. Kamal Husin.
Nik Nur Madihah yang fasih berbahasa Arab memberitahu, dia masih tidak percaya kisah hidupnya dibukukan dan berharap pembaca akan mengambil ilmu dalam buku itu sebagai pengajaran dalam hidup.


Buku berharga RM25.90 itu akan mula dijual hari ini dan ia diterbitkan oleh Pengurus HRP, Faizal Osman dengan dibantu oleh Ummu Hani Abu Hassan.
p/s : model yang terbaik utk dicontohi oleh adik2..cemerlang dlm segala aspek, insya Allah.
TAKBIRR !!!


4/10/2009

ais dan serangan jangtung !!!

Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas ....

Artikel ini berguna untuk semua.
Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!.Secara logik, mungkin ada kebenarannya.. Orang-orang China dan Jepun mengamalkan minum teh panas sewaktu makan... dan bukannya air berAIS. Mungkin sudah tiba masanya kita meniru amalan minum air panas sewaktu menikmati hidangan!!! Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah akan mendapat faedah dari amalan ini. Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.


Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.
Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.


:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!
Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.

Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.
Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama serangan jantung.
Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur. Marilah kita berwaspada dan berhati-hati.


Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup... PAKAR SAKIT JANTUNG berkata, jika semua orang yang mendapat e-mail ini menghantar kepada 10 orang yang lain, beliau yakin akan dapat menyelamatkan satu nyawa.Baca ini.... ia juga mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda!!!!.

p/s : kepada sahabat2 yang suka minum ais, belajar untuk menukar tabiat itu demi kesihatan diri sendiri..


are u willing to eat ???










p/s: maybe the new ideas to shye to make a weird cake for the aprilians

say no to nasi lemak n roti canai for breakfast !!!

BAHAYA ROTI CANAI
Seorang sahabat saya yang mengambil kursus Sport Science dari UPM memberitahu sekiranya kita mula bekerja pada umur 20 tahun dan makan sebiji roti canai setiap hari, kita mungkin tidak akan hidup sehingga umur 55 tahun. Kenapa?

Sebiji roti canai mengandungi kalori sama dengan 5 KM berjogging. Maknanya sekiranya kita jogging sejauh 5 km, lepas tu kita sapu sebiji roti canai serupalah kita tak jogging langsung.Dah tu kadang-kadang sapu sampai 2 biji dan langsung tak jogging. Selain dari itu, terdapat so much oil in roti canai. Nak uli tepung, taruh minyak, nak canai, taruh minyak,nak goreng taruh minyak. Dah tu, minyak tukang roti pun masuk sekali (peluh dia).

Bila kita exercise, kita peluh. Penyakit keluar bersama peluh, itu pasal kita sihat bila berpeluh. Sekarang, kita makan tukang roti canai punya penyakit pulak. Lagi satu, jangan makan roti canai yang tukang buatnya pakai cincin sebelah kiri. Faham-faham ajelah. Sebagai alternatif, makanlah capati. Makan 8-10 keping capati sehari pun no problem, anda akan menjadi sihat dan kuat.

BAHAYA NASI LEMAK
Nasi lemak pulak kandungan santannya tinggi. So cholesterolnya tinggi.Prof. Ungku Aziz ditanya apakah rahsia beliau sihat physical & minda pada umur 85. Dia cakap, dia tak makan atau jarang sekali makan nasi lemak seperti kebanyakkan orang Melayu. KESIMPULAN As many of us are approaching 30 yrs old with some are already in 30s, we should be kind and gentle to our body. The least that we could do is to be moderate in everything we do and watch out on our food intake. Eat healthy food.

Breakfast - Heart Attack
For those who always skip breakfast, drink at least a glass of orange juice.stay healthy! :) You've heard many times that "Breakfast is the most important meal of the day." Now, recent research confirms that one of the worst practices you can develop may be avoiding breakfast. Why?

Because the frequency of heart attack, sudden death, and stroke peaks between 6:00 a.m.and noon,with the highest incidence being between 8:00 a.m.and 10:00 a.m.

What mechanism within the body could account for this significant jump in sudden death in the early morning hours? We may have an answer. Platelets, tiny elements in the blood that keep us from bleeding to death if we get a cut, can clump together inside our arteries due to cholesterol or plaque buildup in the artery lining. It is in the morning hours that platelets become the most activated and tend to form these internal blood clots at the greatest frequency.

However, eating even a very light breakfast prevents the morning platelet activation that is associated with heart attacks and strokes.

Studies performed at MemorialUniversityin St.Johns,Newfoundlandfound that eating a light, very low-fat breakfast was critical in modifying the morning platelet activation. Subjects in the study consumed either low-fat or fat-free yogurt, orange juice, fruit, and a source of protein coming from yogurt or fat-free milk).

So if you skip breakfast, it's important that you change this practice immediately in light of this research. Develop a simple plan to eat cereal, such as oatmeal or Bran Flakes, along with six ounces of grape juice or six ounces of orange juice, and perhaps a piece of fruit.

This simple plan will keep your platelets from ticking together, keep blood clots from forming, and perhaps head off a potential heart attack or stroke .

4/03/2009

APRIL FOOL - ANTARA BARAT DAN KEPARAT

Kawan saya ni memang hidup cara Barat. Biar pun baik hatinya, tapi akhirnya bercerai juga dengan isteri. Apa nasihat yang patut diberi kepada orang macam ni, ustaz?” tanya salah seorang hadirin dalam program ceramah saya.

“Hidup cara Barat itu tidak menjadi punca masalah, jika yang dimaksudkan itu ialah bercakap bahasa Inggeris, makan makanan Eropah atau berpakaian mengikut format orang sana,” saya cuba menyuluh perspektif.

Di Barat sendiri, jumlah mereka yang memeluk Islam cukup tinggi. Jika Islam bertentangan dengan Barat, tentu sulit untuk orang Barat menerima Islam.
“Maka apa yang diperlukan oleh sahabat tuan itu, ialah meninggalkan dosa-dosa yang dianggap Barat, serta menyuntik kesedaran tentang persoalan hidup ini untuk apa. Sebagaimana yang kita bincangkan sebentar tadi,” saya menyudahkan jawapan.


Seorang Barat yang memeluk Islam, akan terus bercakap bahasa Barat, makan makanan Barat, beribu bapakan orang Barat, beradik beradikkan manusia Barat, dan terus menjadi Muslim yang tulen di Negara Barat. Apa yang ditinggalkan hanyalah bahasa carut dalam kerosakan budaya Barat, makanan haram dalam hidangan Barat, dan mengenepikan perbezaan aqidah ibu bapa dan adik beradik dalam hubungan sosial. Itu sahaja.

Seseorang boleh menjadi moden tanpa perlu menjadi Barat. Seseorang itu juga boleh menjadi Barat tanpa perlu menjadi Keparat!

BARAT DAN KEPARAT
Ya, jika ahli politik seperti Ataturk keliru di antara proses modernisasi (modernization) dengan proses pembaratan (westernization), kita pula ramai yang keliru di antara Barat dengan Keparat.


Ramai yang cuba untuk meniru kehidupan Barat berubah menjadi Keparat. Malah kerana ‘yang mengikut’ selalunya lebih teruk dari ‘yang diikut’, kita menjadi lebih Keparat dari Barat. Entah kenapa, benda yang elok-elok dari Barat tidak hendak diikut. Yang busuk-busuk dan keparat itu juga yang didambakan.

Malah yang Kristian pun ramai juga yang keliru antara Kristian dan Barat. Kristian adalah agama yang lahir di Timur, tetapi ada pula yang bertaqlid dengan agama Kristian supaya ‘menjadi Barat’, malah memperalatkan agama Kristian untuk menjustifikasikan perbuatan keparat sesetengah mereka.

Kelemahan jati diri bangsa kita yang mengkeparatkan diri untuk kelihatan Barat, menyebabkan saya hilang upaya untuk mengulas tentang budaya April Fool. Tidak perlulah dibahas-bahaskan sangat latar belakang sejarahnya, mana yang betul, mana yang salah. Huraian tentang sejarah April Fool itu sendiri pun banyak yang fool.
Jelasnya ia fool!


Terungkap pada sabda Nabi SAW:

“Kamu akan mengikuti sunnah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehinggakan jika mereka memasuki lubang biawak (dhab) nescaya kamu akan mengikuti mereka. Sahabat bertanya: Adakah mereka itu kaum Yahudi dan Nasrani, wahai Rasulullah? Sabda Baginda SAW: Ya, siapa lagi kalau bukan mereka?” - [Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]

kisah di sebalik APRIL FOOL..kita renungkan bersama

Assalamualaikumwbh.
Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool’s Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya ‘pandang kebarat’.

Berbalik kepada perayaan April Fool’s Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

P enduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke pelabuhan.
Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.


Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool’s Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.
Petikan drpd Risalah FikrahPeliharalah Allah