2/05/2010

what's going on ???

kejadian ni blaku pd cuti hari wilayah..kebetulan bw kamera..bayangkan KL-RAUB besenya 2j je..tapi kami ambik ms 5j..k.adar citer dia blk dr kelantan ambik ms 17j..bape punya azab da dok lm2 dlm keta 2..

1/11/2010

SELAMAT HARI LAHIR - januarian


Awan Berarak Ceria
Tiada Titisan Hujan
Pohon Melambai
Tanda Sokongan

Kususuri Perjalanan
Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu
Sahabatku

Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku
Sekadar Ucapan

Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur KepadaNya
Atas Nikmat Usia

Sahabatku
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir

Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi



11/27/2009

Salam idul adha..

salam aidul adha buat semua..
semoga pengorbanan yang kita lakukan mendapat rahmat dan redha Ilahi..ameen..
lama xmencoretkan sesuatu si blog daif ini..sejak kebelakangan ini agak bz dengan urusan duniawi..astaghfirullah, hampir2 aku tersasar dengan matlamat hidup..
bak kata kak mas, dunia depan mata, akhirat bawah dagu..

alhamdulillah, raya haji kali ni,
kami berjaya memujuk mak ayah untuk berhari raya di Bangi Bandar Ilmu..
bermakna dah 2X raya haji mereka di bumi Al-Madani ini..sedikit demi sedikit kami nak biasakan mak ayah dgn persekitaran bumi y penuh barakah ini..
ini xbermakna kami lupakan kg dong, tempat kami dibesarkan..
tp kami mahukan suasana yang baru buat mak ayah..
doakan mereka terbuka hati utk terus menetap disini..


11/26/2009

JAWATAN KOSONG..

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Dimakklumkan bahawa Mondatech Dot Com adalah sebuah syarikat yang mengeluarkan produk Digital-Quran dan Al-Quran Read Pen
iaitu pen yang boleh membaca ayat-ayat Al-Quran apabila mata penanya disentuh pada mana-mana ayat atau surah.


Kami memerlukan 20 orang fresh graduate dalam bidang pengajian Islam yang masih menganggur untuk menjalankan kerja-kerja Voice Editor
(Al-Quran dan Terjemahan)

Syarat-syarat yang diperlukan adalah

1. Mahir membaca Al-Quran
2. Masih menganggur
3. Mahir menggunakan komputer
4. Mempunyai komputer peribadi atau laptop sendiri
5. Fresh graduate dari USIM, UIA, KUIS, KOLEJ ISLAM atau lain-lain Kolej/Universiti dalam bidang pengajian Islam
6. Pengentahuan bahasa asing seperti Urdu, China, Korea, Tagalog, Perancis, English dan Bahasa Arab adalah diberi keutamaan.
7. Jujur dan beriman
8. Tempat tinggal dikawasan sekitar Lembah Klang atau Negeri Sembilan.
9. Kerja boleh dijalankan di rumah sendiri, walaubagaimana pun sehari setiap minggu hendaklah hadir ke Pejabat kami lokasi di Nilai, Negeri Sembilan (Bersebelahan USIM) bagi menerima taklimat
Sila kemukakan resume lengkap beserta gambar ke alamat email sales@digital- furqan.com

Terima Kasih.

*sekadar nak sampaikan..

11/07/2009

eee...

ni laa peel bdk kck ni...
bese dia tdo dlm kul 8.30 am smpai kul 12.00pm..
kalo dh kul 12, kna laa jenguk2 dia..
kalo x jd cmni laa..dia dok kuar kepala..sat g kuar kaki..kalo dh kuar kaki, kompem leh terjun dari buai 2...
dia rs diri 2 dh beso sgt kot, nk turun sndiri dr buai..sbr ye syg..

11/06/2009

doakanku...

pada hari ni jam 3 ptg, sy akan menghadapi 1 temuduga Kementerian Pengajian Tinggi di KL..
agak berdebar2 gak ni..harap sahabat2 doakan sy...

Syukran...

11/05/2009

selamat pengantin baru..

selamat pengantin baru buat sahabat2 ku

amalina zakaria di Raub
kak kinah di KL
zura KP di Kelantan
dan
kak jah di Perlis..




p/s : pic2 di atas sekadar hiasan shj..ni antara sahabat yang akan melansungkan walimah dlm bulan nov dan dis ni..InsyaAllah jika bkesempatan akan hadir dan maaf jika xdapat memenuhi undangan kalian..Semoga kalian sentiasa di bawah limpahan Rahman dan kasih sayangNya..
moga peroleh zuriat yang soleh dan solehah..ameenn..

pe cerita kkk ku y sorang ni..

WANTED !!!!

sape2 kenal dan memiliki no hp wanita anggun bertudung labuh warna krim ni, sila hubungi sy secepat mungkin sbb sy nk btanya khabar beliau dan puteri sulung nya 2..aku kangen sama dia..

hahaha...ni la kak intan..ms ni kami jd miss alkhairiah..org sibuk2 program, kami dok candid kat blakang..sj nk ilang penat pas ragging adik2 program..bl punya prog?? rahsia hehe..

sorry ye kak..sj nk glamer kan akk..meh laa dtg bangi jmpa kami ni..

selamat hari lahir..

selamat hari lahir buat sahabat, azlan Hassan pd 2 nov lalu..maaf agak lmbat wish hehe..semoga bbahagia disamping isteri tercinta,
dimurah kan rezeki dan dikurniakan zuriat2 yang soleh dan solehah, insyaAllah...

10/08/2009

anak2 kak Rozi..

isnin baru ni p ziarah kkk angkat kat taman mutiara..rndu banagt 4 tahun xjumpa..xsgka dia ade kat cn..dh dua org ank dh..cepatnye ms blalu..


anak sulung - humairaa' Imtiyaz umo 3 tahun..lnsung xbg peluang aku dukung adik dia..takut aku ambik bw blk hehe...baru je bgun tido..nk bgambar punya pasal, segar je mata eh..

ni anak ke dua - Hannan Al-kauthar umo 5 hr..lahir hr padang di landa gempa bumi..berat ms lahir 2.5kg je..cian dia, kecik je..kan berulang alik p hospital sbb sakit kuning..harap nya baby ni sntiasa sihat..

sorry laa, pic ummi dorg ni xleh disiarkan..takut kna royalti lak haha..

dia yang sgt dirindu..

ni pic terbaru hamiidullah nur ihsan..pic ms raya
dh 2 minggu aku xjumpa sikecil ni..rs cm dh bbulan2..
dalam keta, nak p beraye..
anak bapak..ni baju melayu dia y pertama..

muka lumm kenyang heheh..budak kecik y kuat makan..

try songkok abah...


awal2 pg dh siap2 nk kuar ikut atuk nye..

muka ngantuk..

9/16/2009

tak habis2..cari padah..

ALOR SETAR - Lagi bahana main mercun bola.

Seorang remaja berusia 15 tahun yang bakal menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini, Mohd. Luqman Abudin mungkin akan dipotong lima jarinya akibat terkena letupan mercun bola kelmarin.

Kejadian yang berlaku pukul 5 petang di Kampung Teloi Tua, Jalan Batu Tiga, Sik dekat sini itu disedari oleh ibu mangsa, Siti Zainab Che, 52, apabila anak bongsunya itu menangis dengan lima jari telah hancur.

Kata Siti Zainab, ketika kejadian dia sedang membasuh kain di bilik air tiba-tiba terkejut melihat anaknya mencarinya di situ dengan tangan berlumuran darah dan menangis.

"Saya lihat jarinya hancur, dia tidak menangis terlalu kuat ketika itu mungkin dia pun terkejut dan atas bantuan jiran, anak saya dibawa ke Hospital Sik," tambahnya ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah semalam setelah dipindahkan untuk rawatan susulan.

Tambah Siti Zainab, anaknya sebelum itu ada mengatakan hendak membeli barang tetapi dia (Mohd. Luqman) tidak memberitahu barang apa yang hendak dibelinya.

8/28/2009

makan...makan..makan..

ADAB MAKAN DAN MINUM DALAM BULAN RAMADHAN

Pertama sekali jangan berlebih-lebihan makan dan minum semasa berbuka puasa. Kuatkan azam. Anda mampu melakukannya. Berniat dengan ikhlas dan pohon pertolongan daripada Allah

Cuba amalkan dan hayati berbuka puasa dengan 3 biji kurma dan segelas air mineral atau sebaik-baiknya air zam-zam.

Tunaikan solat maghrib secara berjemaah, sebaik-baiknya di masjid atau di surau. Berusaha solat di masjid atau di surau akan mengelakkan anda makan berlebih-lebihan. Demikian juga solat berjemaah bersama keluarga anda di rumah akan mengelakkan anda berada terlalu lama di meja makan.

Setelah selesai solat maghrib makanlah sekadar yang perlu. Lebihkan makan sup sayur-sayuran yang kurang berlemak. Jangan makan nasi berlebihan, Elakkan berbuka puasa dengan ais, Makan lah lauh ayam dan daging secara sederhana. Lauk ikan hendaklan di utamakan.

Bersiap sedia lebih awal untuk solat Isya’ dan solat terawih. Sempurnakan solat terawih semampu yan boleh anda kerjakan.

Selepas solat terawih anda di syorkan mengalas perut dengan sedikit makanan ringan seperti kurma, kuih, buah-buahan, salad dan jus buah-buahan. Jika anda merupakan peminat kopi atau the, minumlah secara sederhana.

Tidur awal agar anda boleh bangun untuk bersahur. Adalah lebih baik jika anda mampu menyambung solat malam anda beberapa rakaat lagi.

Bersahurlah walaupun dengan segelas air mineral atau air zam-zam. Jika anda makan nasi dengan lauk, makanlah satu jenis protein sahaja dalam suatu hidangan makanan. Disamping itu, kurangkan lah makanan yang berlemak, berminyak atau yang mengandungi garam yang tinggi.

Allah telah menciptakan organ-organ dan system tubuh badan kita di aktifkan bersesuaian dengan tuntutan ibadah serta perubahan fizikal dan fisiologikal sepanjang Ramadhan. Sistem ini mampu bertahan engan makanan dan minuman yang kurang jika di bandingkan dengan bulan- bulan yang lain. Namun begitu, system tubuh badan ini tetap mampu mengekalkan seseorang mukmin dan mukminah untuk terus sihat dan aktif sepanjang bulan Ramadhan.

HEBAHAN AKTIVITI - Iftar Perdana

8/27/2009

i'm free...

syukur alhamdulillah, dalam bulan rahmat ni aku peroleh ketenangan yang ku cari..aku bersyukur dengan apa yang aku dapat sekarang..i'm free ?? ya, free dr segala y membebankan fikiranku..alhamdulillah..dapat laa aku lakukan apa jua yang aku hold kan sblm ni..
y paling pentig aku akan rebut peluang di bulan mulia ini utk menjahit kembali sejadah imanku yan koyak, compang camping di sana sini di atas kelalaian ku sndiri..

HEBAHAN AKTIVITI - Bijak wang


8/20/2009

rekreasi minda @ d' congkak forest...

19 Ogos 2009, aku gagahkan diri p join prog kat sg congkak..hajat ht mmg nk p prog len..kononnya nk p join porg BBQ tp atas sebab2 ttentu kna gak p cn hehe..xpe laa nnt BBQ dgn Hamiidullah lak...cooming soon..
prog ni lebih kepada rekreasi minda..sj je nk kurangkan stress adik2 ni..sambil2 2 kami korek2 pe masalah dorang..yelaa kan, masing nk exam SPM hujung tahun ni, so kami nasihatkan laa sedikit sebanyak, bg mereka ni semangat sket..

nek bas skolah je.. alaa sampai gak kan...rs cm rombongan sekolah je ms ni..
ramai2 dok tggu kat hentian kajang..

saat ketibaan..masing2 dh set nk men air je, sbr je laa..

siapa laa tuan empunya motor ni ehh..punya laa beso, tb2 je ade tgah2 kem..
ok x aku bw motor cenggini?

LDK - alamak x ingat lak pe nm LDK ni..y dok kat kerusi 2 baca petikan berita dr paper..fasi2 kat blakang 2 fungsinya dok bg arahan melalui kertas kat audien tnpa disedari oleh pbaca berita..dia dok syok2 bc berita tb2 audien marah dia kaw2, gelak2, dok tdo laa...mmg frust betul laa bl dia kna cm2...moral of da story, cm2 laa perasaan guru2 korang ms ngajar, pas2 korang dok wat mcm2 xbg tmpuan..

lapo punya pasal, ngap aiskrim dulu..tq ika, sbb taja aiskrim ni..

nasi lemak sampai pas habis aiskrim..sapan ais krim + nasi lemak laa ye cik husna?
menu y sgt seimbang utk naikkan bumper hehe..


hamper utk adik2..korang share laa ehh..

ni muka2 y dh xsabar2 nk men air...ade je ms tluang p rendam kaki..tgok laa nnt kami rendam kan betul2 hehe..

fasi y dh penat dok susun prog..ligat dok pk cmna nk kena kan adik2 ni..

barisan fasi y cute miut dari UKM..

cm2 punya ikatan cmna nk bg arahan dik..

LDK - masukkan ranting kayu dlm botol..ketua bg arahan kpada ahli kumpulan y tutup mata..group ni bsungguh2 wat smpai bjaya..tahniah

Dr. Zakry, pengarah program..seorang y mahir dgn ilmu perhutanan

uniknya ciptaan Ilahi...

batang pokok ni mmbengkok 45 darjah celcius, masih mampu hidup dgn subur..

bergambar dgn tetamu VIP - YB Dr. Shafie semasa majlis perasmian..

pinky y ceria..y baju biru nama nya fatihah..suara cm bdk darjah 1 je..tp bagus budak ni..nmpak lembut je tapi cukup sabar orangnya..

halangan pertama..jeram y xbape tggi tp air laju dan batu2 y licin..

halangan pertama dorang dh lalui dengan jayanya

aku de pic stakat ni je..pas habis prog ni, kami makan n solat asar bjemaah..hujan lak turun dgn sepoi2 bahasa ms nk balik 2...so, aku takut kamera basah, aku simpan je laa kamera 2 hehe..