Sejarah tidak pernah mengenal adanya agama atau sistem yang menghargai kedudukan wanita sebagai ibu yang lebih mulia daripada Islam. Sungguh Islam telah menegaskan wasiat terhadap wanita dan meletakkan wasiat itu setelah wasiat untuk bertauhid kepada Allah dan beribadah kepada-Nya.
Islam juga menjadikan berbuat baik kepada wanita itu termasuk sendi-sendi kemuliaan, sebagaimana telah menjadikan hak seorang ibu itu lebih kuat daripada hak seorang ayah, kerana beban yang amat berat mereka rasakan ketika hamil, menyusui, melahirkan dan mendidik. Inilah yang ditegaskan oleh Al Qur'an dengan diulang-ulang lebih dari satu surah agar benar-benar difahami oleh kita anak manusia. Sebagaimana firman Allah SWT:
"Dan Kami wasiatkan (perintahkan) kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapanya; ibunya telah mengandungnnya dalam keadaan lemah yang betambah-tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hannya kepada-Kulah kembalimu." (Luqman: 14)
"Kami wasiatkan (perintahkan) kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya, ibunya mengandungnya dengan susah payah (pula). Mengandungnnya sampai menyusukannya adalah tiga puluh bulan...." (Al Ahqaf: 15)
Ada seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW lalu bertanya,"Siapakah yang paling berhak saya layan dengan baik?" Nabi bersabda, "Ibumu," orang itu bertanya, "kemudian siapa lagi?" Nabi bersabda, "Ibumu," orang itu bertanya, "Kemudian siapa lagi?" Nabi bersabda, "Ibumu, - orang itu bertanya, "Kemudian siapa lagi?" Nabi bersabda, "Ayahmu. (HR. Bukhari Muslim)
Al Bazzar meriwayatkan, ada seorang lelaki sedang tawaf dengan menggendong ibunya, maka lelaki itu bertanya kepada Nabi SAW "Apakah (dengan ini) saya telah melaksanakan kewajiban saya kepadanya?" Nabi menjawab, "Tidak, tidak sebanding dengan satu kali melahirkan."
Berbuat baik kepada ibu bererti baik dalam berinteraksi dan menghormatinya, merasa rendah di hadapannya, mentaatinya selain dalam kemaksiatan dan mencari redhanya dalam segala sesuatu. Sehingga dalam masalah jihad sekalipun, apabila itu fardhu kifayah, maka tidak boleh kecuali dengan izinnya, kerana berbuat baik kepadanya termasuk dalam perkara fardhu 'ain.
Ada seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW, lalu ia berkata, "Wahai Rasulullah, saya ingin ikut berperang, saya datang untuk bermusyawarah dengan engkau." Maka Nabi SAW bertanya, "Apakah kamu masih mempunyai ibu?" Orang itu menjawab, "Ya." Nabi bersabda, "Tetaplah kamu tinggal bersamanya, sesungguhnya syurga itu berada di bawah kedua telapak kakinya." (HR.Nasa'i)
Ada sebahagian sistem yang merendahkan kedudukan seorang ibu dan tidak menganggapnya penting, maka datanglah Islam memberikan wasiat kepada saudara ibu lelaki dan perempuan dan saudara ayah lelaki dan perempuan.
Di antara keajaiban Syari'at Islam itu adalah bahwa Islam itu memerintahkan kita untuk berbuat baik kepada ibu, meskipun dia musyrik. Sebagaimana yang ditanyakan oleh Asma' binti Abu Bakar kepada Nabi SAW tentang hubungannya dengan ibunya yang musyrik. Maka Rasulullah SAW bersabda, "Ya, tetaplah kamu menyambung silaturrahim dengan ibumu." (HR. Muttafaqun 'Alaih)
Antara perhatian Islam terhadap seorang ibu dan haknya serta perasaannya bahawa Islam telah menjadikan ibu yang dicerai itu lebih berhak untuk merawat anaknya dan lebih baik daripada seorang ayah.
Ada seorang wanita bertanya, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya anakku ini dahulu saya yang mengandungnya, dan susuku menjadi minumannya dan pangkuanku menjadi tempat ia berlindung. Tetapi ayahnya telah menceraiku dan ingin mengambilnya dariku, maka Nabi SAW bersabda kepadanya' "Engkau lebih berhak (untuk merawatnya) selama engkau belum menikah." (HR. Ahmad)
Umar dengan isterinya yang dicerai pernah mengadu kepada Abu Bakar tentang anak lelakinya yang bernama 'Ashim, maka Abu Bakar memutuskan untuk memberikan anak itu kepada ibunya. Kemudian Abu Bakar berkata kepada Umar, "Baunya, ciumannya dan kata-katanya lebih baik untuk anak itu darimu." (HR. Sa'id)
Kedudukan ibu yang telah diperhatikan oleh Islam dengan sepenuh perhatian ini dan yang telah diberikan untuknya hak-hak, maka dia juga mempunyai kewajiban, yakni mendidik anak-anaknya, dengan menanamkan kemuliaan kepada mereka dan menjauhkan mereka dari kerendahan. Membiasakan mereka untuk taat kepada Allah dan mendorong mereka untuk mendukung kebenaran dan tidak menghalangi mereka untuk turut berjihad kerana mengikuti perasaan keibuan dalam hatinya. Sebaliknya dia harus berusaha memenangkan seruan kebenaran daripada seruan perasaan.
Kita pernah melihat seorang ibu yang beriman seperti Khansa’ di dalam peperangan Qadisiyah. Dialah yang mendorong empat anaknya dan berpesan kepada mereka untuk berani maju ke depan dan teguh menghadapi peperangan dalam kata-katanya yang mantap dan menarik. Ketika peperangan belum selesai, sudah ada pemberitahuan bahwa semua anaknya telah syahid, maka Khansa tidak gusar ataupun berteriak-teriak, bahkan dia berkata dengan penuh redha dan yakin, "Segala puji bagi Allah yang telah memberi kemuliaan kepadaku dengan gugurnya mereka di jalan-Nya."
1 comment:
PROGRAM PENGURUSAN JENAZAH & TEKNIK DAN ETIKA PENYEMBELIHAN MENGIKUT SYARAK
Tarikh : 10 - 12 Julai 2009
Tempat : Kem Bina At-Taqwa, Bukit Changgang, Banting
Yuran Penyertaan : Rm 30 seorang
Perasmian : YB Dato' Dr Hassan Bin Ali
Anjuran :
Persatuan Kebajikan & Pendidikan Islam Selangor (PEPIAS)
dengan kerjasama
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Daerah Kuala Langat & Bangi
Sesiapa Berminat sila hubungi :
Abdul Hafiz Bin Abdul Bar
012-5133 309/013-2008 249
adfiz_peace@yahoo.com
ATAU
Sdr. Muzakkir - 0175086339
Sdri. Adib - 0136282450
Sdri. Ila - 0132267954
Sdri. Aimi - 0133077416
Penyertaan adalah terhad kepada 80 orang peserta terawal sahaja....!!!!
*Terbuka kepada remaja yang berumur 15 tahun keatas sahaja....
http://www.adfiz.blogspot.com
Post a Comment