7/23/2009

yang ku.....

Yang dicari walau bukan PUTERA RAJA,

Yang diimpi, biarlah tak punya RUPA,
Asal SEDAP DIPANDANG MATA,
Yang dinilai bukan sempurna SIFAT JASMANI,

Asalkan sihat ruhani, SEMPURNA HATI...
Yang diharap bukan JIHAD PADA SEMANGAT,
Asalkan PERJUANGANNNYA ADA MATLAMAT,
Yang datang, tak perlu dinilai dengan SILAM YANG GEMILANG
Kerana hamba serikandi dengan SILAM YANG KELAM
Yang dinanti, bukan lamaran dengan PERMATA
Cukuplah AKAD dan JANJI SETIA..
Dan, yang terjadi,

ANDAI TAK SAMA KEHENDAK HATI, HAMBA REDHA KETETAPAN ILAHI...

HEBAHAN AKTIVITI - Konsert Antara Dunia


HEBAHAN AKTIVITI - Wonderful Overseas Weekend

nak pilih yang mana?

Memakai Cincin Sebelah kanan
Kata Asy-Syeikh Muhammad Idris Al-Marbawi : “Ketahuilah kiranya, ya saudaraku! Apabila seseorang kita suka memakai cincin yang diharuskan syara’ adakah kita pakai akan dia di jari-jari tangan kanan ataupun di jari-jari tangan kiri. Maka tentang ini ada khilaf, kata setengahnya sayugianya sebelah kanan, dan kata setengah ulama’ sayugianya tangan sebelah kiri. Maka masing-masing ulama’ itu ada belaka dengan dalilnya.”

Memakai Cincin Di Jari Kelingking
Kata Imam Nawawi :Di dalam Syarah Muslim: “Dan telah ijma’ muslimin atas bahawasanya sunat memakai cincin itu oleh lelaki di jarinya kelingking. Adapun perempuan, maka boleh ia memakai banyak-banyak cincin pada jari-jarinya. Dan makruh bagi lelaki memakai cincin di jari tengah dan telunjuk dan ibu jari akan sebagai Karahiyyah Tanzih.”

Memakai Cincin Di Jari Kelingking,
Apa Sebab Disuruh Syara’?Kata Imam Nawawi :“Bermula hikmah disuruh syara’ memakai cincin itu di jari kelingking kerana jauh ia daripada kena lasak dan lasah hari-hari oleh sebab tangan itu bekerja ia, dan pula tiada ia memberi bimbang akan tangan daripada apa-apa yang hendak diperbuatnya. Bersalahan dipakaikan cincin itu di jari lain daripada jari kelingking itu. Maka memberi bimbang ia dan kena lasah ia sama-sama tangan.”

Memakai Cincin Di Jari Tangan Kiri
Kata Imam Nawawi : Di dalam Syarah Muslim: “Telah ijma’ sekalian ulama’ fuqaha atas harus memakai cincin itu di jari tangan kanan dan harus memakainya di jari tangan kiri. Dan tiada makruh salah satu daripada keduanya. Dan telah bersalahan-salahan mereka itu manakah salah satu daripada keduanya lebih afdhal? Maka jawabnya: Banyak orang-orang salaf memakai cincin di jari tangan kanan, dan banyak yang memakai di jari tangan kiri. Dan telah disunatkan oleh Malik memakai sebelah kiri dan makruh sebelah tangan kanan. Dan pada Mazhab kita Syafi’i, dua wajah bagi ashhab kita; yang sohihnya bahawasanya memakai di jari tangan kanan lebih afdhal, kerana ianya perhiasan dan kemuliaan.”

Cincin Itu Dibawa Masuk Jamban Harus Ia Apabila Tidak Ada Atasnya Berukir Dengan Nama Allah dan Seumpamanya
Kata Asy-Syeikh Muhammad Idris Al-Marbawi : “Maka apabila ada berukirnya (cincin) nama Allah, tidaklah boleh dibawa akan dia masuk jamban. Dengan dalil Nabi kita memperbuat demikian itu, iaitu apabila ia masuk jamban, ditanggalkannya cincinnya dan tidak masuk jamban bersama-samanya.

Maka perbuatan Nabi yang demikian itu ada dikeluarkan oleh Abu ‘Isa At-Tirmizi."(lihat hadits dalam Bahrul Mazi bab 64).

Mengukir Nama Pada Cincin Itu Harus IaKata Imam Nawawi : di dalam Syarah Muslim : “Harus mengukir cincin dan menaruh nama yang empunya cincin, dan harus mengukir nama Allah Ta’ala padanya. Inilah Mazhab kita dan mazhab Sa’id ibn Al-Musayyab dan Malik dan jumhur.”

Dan daripada Ibnu Sirin, dan tengah daripada mereka itu, makruh melukis nama Allah ialah di atas cincin maka ialah qaul yang dhaif.Kata Al-Ulama’: “Dan harus bagi seseorang itu melukis atas cincin itu nama sendirinya atau melukis atasnya kalimah hikmah, dan boleh dilukis serta yang demikian itu nama Allah Ta’ala.”

wallahua'lam

Rujukan : Bahrul Mazi, Jilid 12, Bab 64

7/22/2009

ahlan wa sahlan ya Sya'ban !!!

Bulan Syaaban adalah bulan kelapan menurut kiraan takwim Hijriyyah yang padanya mempunyai 28 hari. Syaaban bermaksud bercerai-berai. Dinamakan Syaaban kerana di dalam bulan ini masyarakat Arab pada ketika itu bertebaran ke merata-rata tempat untuk mencari air disebabkan kemarau yang berpanjangan.
Bulan Syaaban merupakan di antara bulan yang mulia dan mempunyai beberapa kelebihan dan keistimewaan tertentu padanya. Padanya digalakkan untuk memperbanyakkan ibadat sepertimana di bulan Ramadhan, Rejab, Muharam dll juga. Di samping itu juga bulan Syaaban ini adalah bulan untuk persediaan bagi menyambut ketibaan bulan Ramadhan.Masyarakat Arab ada menggambarkan kemuliaan bulan Syaaban ini dengan beberapa huruf dan ertinya yang tersendiri antaranya:

1. Kemuliaan darjat Rasulullah S.A.W. di atas kurniaan bulan Syaaban kepadanya sehingga dinamakan bulan ini adalah bulan Nabi S.A.W
2. Keperkasaan dan ketinggian.
3. Kebaikkan dan kebajikan yang dilakukan pada bulan ini akan mendapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah Taala.
4. Kasih-sayang dan kemesraan.
5. Cahaya keimanan dan cahaya ibadat yang dikurniakan oleh Allah Taala kepada hambaNya yang bertakwa.


ANTARA PERISTIWA DI BULAN SYAABAN
1. Berkata Imam Nawawi: Hari Nisfu Syaaban pada 15 haribulan tahun kedua Hijrah telah berlaku pertukaran kiblat umat Islam.Iaitu dari Masjid al-Aqsa ke Kaabah di Masjid al-Haram.
2. Berlaku peperangan Bani Mustalik pada tahun kelima Hijrah. Kemenangan berpihak kepada Islam.
3. Berlaku peperangan Badar yang terakhir pada tahun keempat Hijrah.

ANTARA AMALAN DI BULAN SYAABAN
Memperbanyakkan puasa sunat.
Saidatina Aisyah berkata:
'Aku tidak pernah melihat Rasulullah S.A.W. menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda memperbanyakkan berpuasa sepertimana pada bulan Syaaban.'(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Saidatina Aisyah berkata:
'Nabi Muhammad S.A.W. tidak banyak berpuasa melainkan pada bulan Syaaban dan baginda telah berpuasa sebulan penuh pada bulan Sya’ban. Dan adalah baginda bersabda: Lakukanlah amalan yang mana kamu mampu membuatnya maka sesungguhnya Allah tidak membebankan (mewajib) kamu sehingga kamu merasa berat dengan bebanan. Dan apa yang disukai oleh Rasulullah S.A.W. adalah sembahyang (sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit. Dan adalah baginda apabila mendirikan sembahyang maka baginda sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian.'(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Melazimi Berzikir dan Berdoa
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud,"Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah."(Riwayat Baihaqi).
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud,"Doa merupakan otak kepada ibadat."(Riwayat at-Tarmizi).
Saidatina Aisyah berkata,"Adalah Rasulullah S.A.W. mengingati Allah (berzikir kepada Allah) setiap masa."(Riwayat Muslim).

Sentiasa Bertaubat dan Beristigfar
Firman Allah Taala bermaksud,"Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya."(Surah an-Nur: ayat 31).

KELEBIHAN MALAM NISFU SYAABAN
Adapun antara kelebihan malam Nisfu Syaaban itu ada disebutkan di dalam beberapa hadis. Di malam Nisfu Syaaban juga adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Allah menjenguk datang kepada semua makhlukNya di malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.(Riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban).
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud,"Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah."(Riwayat Baihaqi).
Berkata Imam Shafie,'Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: Pada malam Jumaat, malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam pertama di bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.Berkata Imam Ghazali:Sesungguhnya sunat muakkad (sunat yang amat digalakkan) menghidupkan hari siang dan malam yang mempunyai kelebihan antaranya malam Nisfu Syaban.'

MENGHIDUPKAN MALAM NISFU SYAABAN
Para tabiin ada menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan dua cara:
Pertama: Sebahagian mereka hadir beramai-ramai ke masjid dan berjaga di waktu malam untuk bersembahyang sunat dengan memakai harum-haruman, bercelak mata dan berpakaian yang terbaik.
Kedua: Sebahagiannya lagi melakukannya dengan cara bersendirian. Mereka menghidupkan malam tersebut dengan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa dengan cara bersendirian.Adapun cara menghidupkan malam Nisfu Syaaban sebagaimana yang dilakukan sekarang ini tidaklah pernah berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W. akan tetapi ia berlaku pada zaman tabiin dari penduduk Syam. Di kebanyakkan negara Arab dan Nusantara kebiasaanya dibacakan Yasin sebanyak tiga kali pada malam Nisfu Syaaban dengan setiap satu bacaan dengan niat tersendiri sepertimana yang pernah diajarkan oleh para tok guru terdahulu. Perkara ini hampir berlaku ijmak padanya memandangkan dilakukan oleh para ulama zaman berzaman sejak dari dahulu lagi hinggalah kini.Amalan seperti ini tidaklah dinisbahkan kepada Rasulullah S.A.W. sendiri akan tetapi ia boleh dilakukan selagi mana ibadat tersebut tidak bertentangan dengan syarak. Adapun kebanyakkan masyarakat sekarang ini menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan membaca al-Quran seperti membaca surah Yasin, berzikir dan berdoa dengan berhimpun di masjid-masjid atau rumah-rumah persendirian sama ada secara berjemaah atau perseorangan adalah tidak jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh para tabiiin itu dan dilakukan juga oleh para ulama.

Marilah bersama-sama kita memperbanyakkan amalan pada bulan Syaaban ini kerana padanya terdapat banyak kelebihan dan keutamaan yang mesti direbut. Tulisan ringkas ini adalah sekadar untuk mengingatkan mana-mana yang terleka dan alpa dalam menjalani hidup ini sebagai hamba Allah Taala yang amat kerdil lagi hina. Saya juga tidak bercadang untuk memanjangkan tulisan ini dengan perbincangan berbentuk khilaf yang boleh memeningkan kepala masyarakat. Semoga kita semua berada di dalam redha Allah Taala setiap masa. InsyaAllah.

Gerhana Mathari dan amalan y disunatkan..

Definasi Kusuf dan Khusuf
Kusuf dari segi bahasa bermaksud terlindungnya cahaya matahari samada terlindungnya itu dalam bentuk juzu'nya atau keseluruhannya.
Khusuf pula mutlak digunakan untuk lindungan cahaya bulan secara juzu' atau pun keseluruhannya.

Ada juga ulama' yang berpendapat sebaliknya dan ramai ulama' yang menyatakan bahawa kedua-dua kalimah itu boleh digunakan untuk kedua-duanya sekali samada gerhana bulan atau pun matahari.

Hukum Solat Gerhana Matahari
Hukumnya adalah sunat muakkadah atau pun sunat yang digalakkan sebagaimana difahami daripada hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim yang bermakna : Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu.

Hadis ini keluar daripada mulut Rasulullah s.a.w pada hari kematian anak lelakinya Ibrahim di mana ramai orang mendakwa bahawa kematian Ibrahim inilah yang menyebabkan matahari bersedih sehingga berlakunya gerhana.Mengikut kepercayaan mereka ketika jahiliah di mana apabila berlakunya gerhana matahari atau pun bulan maka mereka beranggapan bahawa berlakunya sesuatu gerhana disebabkan kematian seseorang yang besar dan mulia. Rasulullah s.a.w telah menyangkal kefahaman karut ini lalu bersabda sebagaimana tersebut. Begitulah juga dengan kebanyakan kita hari ini yang mana mereka bukan bersegera untuk solat gerhana apabila berlakunya sesuatu gerhana tetapi sebaliknya mencari sesuatu untuk memukul pangkal-pangkal pokok buahan supaya berbuah lebat. Perkara ini jika melibatkan kepercayaan yang berlawan dengan kekuasaan Allah dalam membuat sesuatu boleh membawa kepada syirik.

Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami'ah!!

Kaifiyat Solat Gerhana
Niatnya : Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Ta'ala - (Jika solat seorang diri)
Dan : Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta'ala - (Jika berimam)

Pertama : Cara yang biasa
Solat dua rakaat di mana setiap rakaat mestilah mempunyai 2 kali qiam(berdiri) , 2 kali membaca surah, 2 kali rukuk yang mana kesemuanya dilakukan secara biasa tanpa memanjangkannya.Jadi untuk 2 rakaat kita hendaklah mempunyai 4 qiam(berdiri), 4 kali membaca surah dan 4 kali rukuk kesemuanya.
Sah juga dilkakukan solat sunat gerhana ini sebagaimana solat Jumaat atau solat sunat biasa dengan 2 rakaat, 2 qiam dan 2 rukuk tetapi ia telah meninggalkan fadhilat sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah
s.a.w.

Kedua : Cara yang paling lengkap atau afdhal
Dilakukan dua rakaat dengan membaca surah yang panjang pada kedua-dua qiam bagi setiap rakaat seperti pada rakaat pertama dalam qiam pertama selepas surah Fatihah dibaca surah al-baqarah atau surah lain yang sama panjang dengannya. Pada qiam kedua dalam rakaat pertama pula dibaca apa sahaja ayat yang menyamai 200 ayat. Dalam qiam pertama untuk rakaat kedua selepas Fatihah dibaca sebanyak 150 ayat dan pada qiam kedua pula dibaca 100 ayat daripada mana-mana surah daripada al-Quran. Kemudian ketika rukuk dipanjangkan sehingga menyamai 100 ayat dan ketika rukuk kedua pula menyamai 80 ayat. Untuk rukuk ketiga iaitu pada rakaat kedua menyamai 70 ayat dan rukuk keempat menyamai 50 ayat. Inilah dia kaifiyat atau pun cara yang paling sempurna dan afdhal.

Selepas selesai menunaikan sunat dua rakaat gerhana maka disunatkan untuk membaca dua khutbah sebagaimana khutbah Jumaat dari segi rukun dan syaratnya. Di dalamnya disentuh masalah taubat, melakukan kebaikan dan juga memberi amaran agar umat Islam menjauhkan diri daripada lalai dan lupa kepada Pencipta iaitu Allah.

Cara Bacaan Ketika Solat Gerhana
Pertama : Bagi solat sunat gerhana matahari, bacaannya adalah secara perlahan atau senyap
Hadis daripada imam Tarmizi daripada Samurah bin Jundub telah berkata : Nabi s.a.w telah sembahyang dengan kami pada kusuf (gerhana matahari) tidak didengari baginya suara.
Kedua : Bagi solat sunat gerhana bulan pula, bacaaannya adalah secara kuat
Hadis diriwayatkan daripada imam Bukhari dan Muslim daripada 'Aisyah : Nabi s.a.w telah membaca secara kuat dalam solat khusuf (gerhana bulan) dengan bacaannya.

Daripada kedua-dua hadis ini memberi kefahaman kepada kita bagaimana solat gerhana matahari dibaca perlahan kerana ia ditunaikan pada waktu siang.Manakala solat sunat gerhana bulan dilakukan pada waktu malam yang menyebabkan ia dibaca secara kuat.

Mandi Sunat Gerhana
Disunatkan kepada kita untuk mandi sebelum solat sunat gerhana sebagaimana hari Jumaat kerana kita mahu keluar untuk solat berjemaah.

7/21/2009

resepi favourite - kue tiaw kungfu

aku xtau sejak bila aku suka makan menu ni..mungkin ms aku dok kat sg.buloh dulu kot..ade kawan y ajak try menu ni..sebelum ni aku agak 'anti' dgn spesies kue tiaw ni..2 laa org kata, xkenal maka x cinta..xtry maka xtau laa kepoweran menu ni..


dh cm jd tabiat dh..kalo mkn kat mn2,mesti nk try kue tiaw kungfu tempat 2..ade lak suara2 sumbangsih dok perli2..k.husna ni beria2 tengok menu, last2 pilih kue tiaw kungfu gak..ade lak y lag sumbang dok kata, balik ni try masak sendiri, sok dh kawin xkan nk ajak laki makan kedai je..huhh betul2 sumbang tu..tp aku gelak je, sket pun xmarah..sbb kue tiaw kungfu dh de dpn mt hehe..tggu laa, ada peluang aku try wat gak..

kat cn nk kongsi resepi peberet aku..meh laa try sm2 hehe..
Bahan - bahan

Bahan A (Kuah)

2 ulas bawang putih

4 gelas air

3 sudu tepung jagung

Isi ayam

udang, sotong (ikut suka)

Sayur (ikut suka)

Garam (Secukup rasa)


Bahan B ( Kuey teow celup telur )

1 paket kuey teow

3 biji telur (ikut kesesuaian)


Cara - cara

1. Tumis bawang putih sehingga naik bau dan kekuningan.

2. Masukkan 4 gelas air. Tunggu hingga mendidih.

3. Masukkan ayam, udang, sotong, sayur dan garam secukup rasa, biarkan sehingga masak.

4. Bancuh tepung jagung dengan air sedikit sahaja dan tuangkan ke dalam kuah tadi ,tunggu hingga kuah menjadi pekat. Siap.

5. Gaulkan kuey teow bersama telur dan gorengkan pada minyak panas.

6. Sedia untuk dimakan.

"saya mahukan wanita solehah..."

“Saya mahukan wanita solehah, bu. Saya harap bu dapat carikan saya seorang wanita solehah yang akan mendampingi hidup saya, menghirup kesusahan dan kesenangan bersama saya,” bilang saya pada ibu saya satu ketika. Masing-masing mempunyai definisi tersendiri tentang wanita solehah, saya juga tidak terlepas. Seperti itu jugalah setiap orang mempunyai definisi citarasa tersendiri tentang kecantikan. Yang pasti, lelaki mahukan wanita yang solehah yang mampu menempuh kehidupan bersama dan begitulah sebaliknya. Solehah itu bukan pada nama atau rupa, tetapi hati dan budi.
Solehah itu bukannya nampak pada mata tetapi nur dan sinarnya tersimbah di wajah. Yang solehah, pasti akan ternampak pada wajahnya lambang kesolehan. Tidakkah benar pernyataan saya?. Tidak usahlah kita susah-susah dan payah-payah mencari definisi huruf demi huruf untuk menarik perhatian.
S untuk Solehah.
O untuk Obama.
L untuk Lembut, bukannya lembu.
E untul Epal yang manis,
H untuk Hembusan Kewangian.
A untuk Agama dan
H untuk Hantu. Usah didefinisikan sebegitu.
Ia bukanlah satu perkara yang menarik pun.





Yang jelasnya, solehah ialah satu simbolik kepada seorang wanita yang mencurahkan keimanan kepada Allah dan Rasul-Nya sepenuh hati. Perasaan keimanan itu menyeluruhi seluruh ruang hidupnya sehingga meletakkan ia dalam ruang ketaqwaan dan peribadatan yang hakiki. Tanda solehah itu ada beberapa antaranya:

1) Menjadikan Allah dan Rasul sebagai keutamaan. Antara petandanya ialah, mereka selera beribadat dan mereka tidak menghalang suami mereka daripada menjalankan gerak kerja dakwah meskipun menyempitkan ruang untuk bersama.


2) Mentaati suami dengan mengasihinya segenap perasaan, menasihatinya jika tersilap dengan penuh kebijaksanaan, mendokong suaminya serta sentiasa memberikan motivasi selain mengingati perkara-perkara penting dalam kehidupan suaminya seperti tarikh lahir.


3) Menjadikan gerak kerja membawa Islam sebagai resepi kejayaan rumah tangga.


4) Meletakkan nawaitu untuk melahirkan anak yang bakal menyibukkan diri dengan amal Islami. Disebabkan itulah pemimpin Palestin menyebut, “Kekuatan kami ialah rahim-rahim isteri kami”.

7/02/2009

jangan mencari terlalu 'sempurna' ...

Jika kamu memancing ikan……
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja…….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya……
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup……
Begitulah juga……
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……
Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……
Kerana apabila ia mulai RETAK ….tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula…… Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……
Begitulah juga……
Jika kamu sedang memiliki seseorang….
TERIMALAH dia seadanya……
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa…… Anggaplah dia manusia biasa……
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN ….
tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN
hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……
Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ……
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……
Kamu akan MENYESAL ……
Begitulah juga……
Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU …. MENGASIHIMU ….dan MENCINTAIMU ….
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ……
Kelak, dia akan BERJAUH HATI
dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi
Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN
kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna,
sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang
dan akur dengan KELEMAHANNYA
sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI
kita akan BAHAGIA,
BAHAGIA
dan terus BAHAGIA
itu lebih BERMAKNA !
“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”

apa yang ada di pesta buku @ PKNS Bangi ??