3/19/2009

HIDUP KITA CUMA.....

HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:

1. Semalam : Sudah menjadi sejarah
2. Hari ini : Apa yang sedang kita lakukan
3. Esok : Hari yang belum pasti


Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita
lebih baik dari hari yang pertama.
Jangan mengharap hari yang ketiga kerana
mungkin ajal kita pada hari yang kedua.



HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:

1. Nafas Naik
2. Nafas Turun


Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut
adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah
keredhaanNya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin
nafas itu yang terakhir keluar dari tubuh bersama Nyawa
dan Roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.



HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT:

1. Kekal di dalam neraka
2. Kekal di dalam syurga

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan
kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun
IMAN. Rukun Iman itu pula ada 6 dan hilang salah satu
darinya maka hilanglah ia. !
Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.
Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya
terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya
adalah SOLAT...


Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke
SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang
mahu menaiki kapalterbang tetapi tidak mempunyai
BOARDING PASS.
Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama
mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem

apabila ditanya bagaimana! surat itu akan sampai pada
penerimanya...lalu dia pun berkata setemnya akan

dihantar kemudian.

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :-

1. Dia mungkin didenda
2. Segala suratnya masuk tong sampah


Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas
segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita....
Sekurang-kurangnya Allah telah beri udara secara
percuma untuk kita berzikir mengingati Allah setiap
detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada
Allah dalam keadaan jiwa yang tenang...lalu
masuk kedalam syurga! dalam keadaan kita redha dan
Allah meredhai.



Wallahuaklam..

No comments: