6/30/2009
keagungan cinta..
Tiada Tuhan melainkan Engkau
Engkau cinta Agungku
Nabi Muhammad pesuruh-Mu
Ya Allah Engkau sumber bahagia
Engkaulah Sumber keselamatan
Ya Allah Engkau sumber keamanan
Engkaulah segalanya
Ya Allah Engkaulah pelindungku
Engkaulah sumber rizkiku
Di waktu sakit Kau sembuhkan
Di waktu lapar Kau beri makan
Ya Allah
Engkau Cinta Agungku
Cintaku haraplah dibalas
Ya Allah Engkau Cinta Agungku
Janganlah cintaku tidak dibalas
Jangan biarkan ku tanpa pimpinan
Pimpinlah aku ke jalan yang benar
Kepada Engkaulah harapanku
Janganlah hampakan perasaanku..
ya Allah...
sambutlah cintaku...
bersama dengan cinta orang-orang yang juga mencintaiMu...
6/28/2009
bengkel wacana ilmu, nilai dan komunikasi - part 2
6/27/2009
bengkel wacana ilmu, nilai dan komunikasi - part 1
puas laa dok cari mana laa CCSB ni..ntah bape kali lalu bulatan melawati, bulatan sejahtera jap2 msj en. anwar tnya arah..last2 aku kembali ke pangkal jalan..cari keyword y en.anwar bg..punya laa besar kilang gula CSR, y 4 mata ni leh x nmpak, masya Allah..thanks kpda y sudi mhantar..
usai sarap, aku melangkah dgn penuh yakin nk join bengkel..jenuh gak nk nek tgkat 3 ni..sabar husna..bersusah dlm mencari ilmu besar ganjarannya...moga Allah mmbalas semua kepayahanku hr ni..amenn..
ok start kelas 'PENGENALAN KEPADA MEDIA BARU' by en. Khalid Jaafar..kat cn byk belajar ttg facebook n blog..untung aku ade seme 2 tp xbape expert laa hahaha..
mula2 tgok muka cm garang je, tp pas2 ok je..apa y dia smpaikan mmg leh trima..y plg aku tkejut, dia tnya sape2 y keje dgn ahli politik..dgn rs blur aku angkat je tgan..pas2 balik2 aku je y kna tnya...malu gak tp bukan aku sorang je keje dgn ahli politik..ade laa 3 org muslimin len...balik2 dok sebut adun bangi..ermm 1 cadangan y baik mnta YB wujudkan facebook sndiri..ermm very good idea but, i dont like it coz nnt2 aku gak y kna wat seme 2, waaa...
hasil utk stakat ni, aku da mengaktifkan akaun facebook..wpun da lm register tp wat xtau je atas kekangan aktiviti..so sorry laa facebook..aku mengabaikan dirimu hehe..da byk no keje nk wat, dgn tugasan meng'update' blog big boss, keje2 opis lg, dgn hal2 personal lg..penting woo, bkn nye nk keje smpai mati hgga abaikan keperluan diri..
***rehat jap utk lunch..to be continue..menu best, alhamdulillah..
masuk sesi ke2 lak..'MENGUASAI SENI KOMUNIKASI' by En. Muhammad Hakim Ramlee..
nk citer sket ttg pceramah ni..dia gelar dirinya 'TRIPLE H' sbb namanya Hakim tp ditambah HAJI HAJI Hakim..beliau ni mmg pandai menarik minat kami dengann lawak2 sengalnya..dari awl lg kami dh do trick dgn bmacam2 aktiviti...adoii sengal sggunh laa lawak2 triple H ni..dalam lawak2 nya kami di ajar skil komunikasi..mantop siot..sape y join bengkel ni mmg tau laa cmna ada je modal dia nk ngusik kami hehe...
6/24/2009
keCANTIKan lelaki..keGAGAHan wanita...
Lelaki yang cantik…
:: Adalah lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
:: Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran.
:: Adalah lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
:: Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada.
:: Adalah lelaki yang baik sangka.
:: Adalah lelaki yang tak pernah putus asa.
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan.
Perempuan yang gagah…
:: Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
:: Adalah perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
:: Adalah perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan.
:: Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan ini ada pada Khadijah yang ehsan adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
* adakah aku seperti perempuan itu ???
layakkah aku ???
Rejab yang ku nanti..
1. Senyum itu adalah sedekah. Maka bersedekahlah kepada kaum muslimin-muslimah semua.
2. Bertasbih dan berwirid itu akan menentukan "landscape" kediaman kita diakhirat kelak,amalkan dengan ikhlas.
3. Hidup ini sebenarnya mimpi. Kehidupan sebenar adalah di Akhirat.
4. Mati syahid dalam keadaan mencari ilmu kerana ianya adalah perjuangan kaum Muslim
FADILAT BULAN REJAB
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga"
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya)"
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)"
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Sesiapa berpuasa 3 hari ada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun,diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat."
Rasullullah s.a.w. bersabda,
"Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian Sirotolmustaqim pada hari Kiamat."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah sama seperti berpuasa 100,000 tahun."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam."
Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripda umurnya (pembaharuan umur)."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa pada awal Rejab,pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus."
Rasullullah s.a.w. bersabda,
"Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah."
SESUNGGUH NYA KEJAYAAN KITA DUNIA DAN AKHIRAT BERGANTUNG SEJAUH MANA KITA DAPAT MENTAATI PERINTAH ALLAH S.W.T DAN MENGIKUT JEJAK LANGKAH YANG DITUNJUKI OLEH BAGINDA RASUL S.A.W.
6/23/2009
aku juga wanita
6/19/2009
lelaki tak boleh jadi imam vs wanita tak pandai masak...
Selamat Hari Bapa..
(nak jadi cm mak laa, untung2 dpt suami cm ayah, amiin..)
Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati. "Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak." Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.
Maka jawablah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat. Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!"
Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.
Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.
"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya jika lelaki juga belajar menjadi imam???
*copy paste from blog hizbul mujahid..TQ !!
semalam adalah kenangan yang mencipta harapan...
teringat kat bdk kecik ni..mmg boring kalo dia xde
last2 k.long kata nk dok blakang sbb nk tdo..yess!! ni laa y aku tggu2..la 2 gak aku tukar seat dgn k.long..peduli ape org pndg kami tukar seat cm bdk2 je dlm keta hehe..
masuk tol seremban da stabil da emosi aku..dok layan abg wat lawak..dok mkn2..acara wajib dlm keta kalo jln jauh..mkn2, dok suap2 abg..romantik siot..k.long sedap tdo kat blakang..so aku as a co-pilot kna lyn pilot...bg dia xngantuk..
sampai bukit putus, jln jam teruk kat selekoh2 tu..adoi, ade laa sttengah jam x bgerak lnsung..mgkin de xcident kot, aku bsangka baik je laa hehe..tp spanjg kat bukit putus 2 xde pape lak y halang jalan..
kul 5 aku smpai kat matrik 2..terus je menonong ke bilik adik aku..dia punya laa tkejut aku dpn pntu..dush3..erkk dpt hadiah dr k.de hehe...pdn muka aku..ermm ni laa realiti kehidupan..setiap ptemuan, ade ppisahan..teman2 rapat k.de berat nk lepaskan k.de..nangis2 ms salam wida'.. adoi laa menitik gak air mata aku tgok adik ku di sayangi cm2..
ni kwn baik @ kembar k.de kat sn..serupa tp xsama..amalina & amaleena..rapat sejak form 4..da mcm adik sndiri gak hehe..
tgok je laa gelagat dorang
gerak luar dlm kul 7 gak laa..siap mkn kat kafe AB kat matrik 2..kalo xsilap nm kafe 2, KAFE YATHRIB..tp dok pasang lagu2 hindustan..aku sempat cadangkan kat toke kafe 2, pakcik, better tukat nama kafe ni jd KAFE BOMBAY..seswai dgn lagu2 y pakcik pasang 2..dia gelak je..nasib aku x kna balun hehe..ms nk gerak kuar
singgah solat kat Hutan Ulu Bendul..bgtau abg, sj nk lepas kan hajat k.de nk dtg cn..tp aku y over ms 2 hehe...teringin nk masuk hutan 2 tp da mlm xde pekdah masuk sn, xnmpak pape hehe...
tgok dr jauh je laa...da 4 mt pun xnmpak gak..xpe2, 1 hr nnt aku akn dtg lg..siap nk men air lg kat cn hehe...
dok bborak sakan dlm keta xsedar da smpai bangi..mmg letih sgt2 tp aku gembira dan puas ht..pjalanan kejayaan adikku da bermula..awal julai dia akan ambik A-level kat salak tinggi..xingat lak kolej pe..y pasti hbs A-level dia akn terbang ke india utk smbung medic kat sn..5 thun gak baru mission is complete..tgok ak.de senyum tawar bila sebut2 hal 2..mungkin terasa sedikit kecewa sbb dia bhajat nk wat medic kat Mesir tp JPA bg kat India..
xpe laa k.de, mn2 pun sm je..ade pdapat mengatakan, India tmpat plg seswai wat medic..sbb y pasti?? wallahuaklam.. y aku tau, kat sn student lebih didedahkan dgn praktikal..kalo doktor bedah, lg best..mayat utk ujikaji senang nk dpt..leh ambik sorang satu, bw blk hehe..
apa2 pun, tahniah utk k.de..adik y dulu nya smpai sekarang jd bahan usikan aku hampir bjaya menebus maruah kami sekeluarga..syabas dik..teruskan usaha mu itu..tunjukkan pd mereka kita sekeluarga mmpu berdiri dgn izin Allah..InsyaAllah..
6/18/2009
HEBAHAN AKTIVITI - Konsert Amal Hijjaz & Unic
6/16/2009
6/12/2009
pernahkah anda menangis ???
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. (2)” (An-Nur: 1,2)
6/11/2009
6/09/2009
6/05/2009
sahabat...
Sahabat Bagaikan lukisan yang tak bisa di hapus Kenangan pahit manis, sedih, senang Semua bersamamu Warna warna yang mewarnai dunia Adalah warna yang penuh dengan kenangan Merah , kuning , biru , dan hijau Setitis pun adalah kenangan Di dalam hati setitis warna adalah harta Yg tak pernah tau bila habisnya Sahabat pun begitu Takan tau bila masa berpisah Terimakasih sudah menjadi sahabat ku selama ini Kata kata yg bisa ku ucapkan dengan berlinang air mata ‘semoga kita bisa bertemu lagi Terimakasih atas perhatian mu sahabat | ||
|
Pesanan untuk muslimah....
ANAKKU!
Engkau sekarang akan berpindah dari rumah tempat engkau dibesarkan. Dan akan berada di tempat tidur yang engkau tidak engkau kenal. Dan rakan hidup yang engkau tidak biasa dengannya. Itulah suamimu..
Jadikanlah dirimu ibarat seorang khadam kepadanya. Nescaya dia pula akan menjadi khadam kepadamu. Jangan engkau memaksa-maksa apabila engkau meminta sesuatu daripadanya. Itu akan membuatkan dia berasa benci kepadamu. Jangan pula engkau menjauhkan diri, nescaya dia akan melupakan engkau. Dan kalau dia pula menjauhkan diri secara marah kerana sesuatu sebab yang tertentu. Maka yang eloknya jauhkanlah dirimu daripadanya semasa marah.
Peliharalah hidung, telinga dan matanya…Janganlah membiarkan dia menghidu sesuatu daripadamu melainkan yang harum. Janganlah membiarkan dia mendengar melainkan perkataan yang baik. Dan janganlah membiarkan dia melihat sesuatu daripadamu melainkan yang cantik belaka.