6/24/2009

keCANTIKan lelaki..keGAGAHan wanita...

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.

Lelaki yang cantik…
:: Adalah lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
:: Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran.
:: Adalah lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
:: Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada.
:: Adalah lelaki yang baik sangka.
:: Adalah lelaki yang tak pernah putus asa.


Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan.

Perempuan yang gagah…
:: Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
:: Adalah perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
:: Adalah perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan.
:: Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan ini ada pada Khadijah yang ehsan adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

* adakah aku seperti perempuan itu ???

1 comment:

ijad said...

mungkin ya... kot,,