"Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah2 itu agar mereka berfikir." (surah al-A'raaf:176) Ramadhan bukan bulan alasan untuk duduk lesu kerana lapar dan dahaga. Bukan juga alasan untuk mengurangkan masa berusaha.
Ramadhan adalah titik nikmat daripada Tuhan, untuk kita berlama2 di sejadah, untuk kita mnguncur peluh dalam jalan perjuangan, dan untuk kita mengasak nafsu agar ibadah tidak lagi palsu.Tidak mudah, namun renunglah Ramadhan dalam pandangan pejuang terdahulu. Mereka mengatasi Ramadhan dengan beralaskan keringat dan berlangsirkan darah. Tidak pernah kesal dan lansung tidak pernah gentar. Terus sahaja mara dengan pedang yang gagah.
Kisah mereka, para syuhada terdahulu, bukan sekadar untuk dikenang atau disimpan dalam lipatan sejarah. Ia adalah kisah untuk kita baca dan renungkan ke dalam hati. Semoga tahun ini, Ramadhan kita lebih bererti.
- Pembukaan Kota Makkah ( 10 Ramadhan 8 Hijrah ) : Rasulullah SAW keluar bersama 10ribu pasukan perang dari kaum Muhajirin dan Ansar menuju Makkah bagi membebaskannya dari kemusyrikan. Usaha ini berhasil dengan gemilang tanpa melalui peperangan.
- Perang Badar ( 17 Ramadhan 2 Hijrah ) : Perang yang membawa kemenangan spektakular yang dialami kaum muslimin meski dengan jumlah dan peralatan perang yang jauh daripada kemampuan kaum kufar ketika itu.
- Perang Ain Jalut ( 25 Ramadhan 658 Hijrah ) : Perang besar antara kaum muslimin dan Tartar yang berakhir dengan kemenangan kaum muslimin.
- Penaklukan Wilayah Andalus ( 28 Ramadhan 92 Hijrah ) : Tariq bin Ziyad memimpin armada Islam berjumlah 7 ribu orang menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropah. Pertolongan Allah membantu tentera Islam yang kurang jumlahnya daripada tentera musuh berlipat kali ganda.
- Khalid Al-Walid memusnahkan patung al-Uzza di Nakhla pada hari ke-5 sebelum berakhir Ramadhan.
- Peperangan Zallaqah, Portugal ( Ramadhan 459 Hijrah ) : Tentera muslimin pimpinan Sultan Yusuf melawan tentera Kristian pimpinan Al-Fonso IV. Dalam masa yang singkat Sultan Yusuf berjaya menguasai seluruh Sepanyol dan menyelamatkan umat Islam.
- Persiapan Perang Khandaq dilakukan dengan cadangan Salman Al-Farisi menggali parit (khandaq) sekeliling Kota Madinah sebagai helah peperangan. Nabi Muhammad SAW serta para sahabat menggali parit di bawah terik mentari. Hasilnya selama enam hari enam malam, siaplah parit sedalam 10 hasta, lebar 9 hasta serta panjangnya 15ribu hasta.
- Tentera Islam mengalahkan tentera Monggol ( 15 Ramadhan 658 Hijrah ) : Angkatan tentera Islam pimpinan Hulagu Khan berjaya mengalahkan tentera Monggol di Ain Jalut.
- Perperangan Yakhliz ( 15 Ramadhan 1294 Hijrah ) : Seramai 34ribu anggota tentera Islam mengalahkan tentera Rusia yang berjumlah 740 ribu. menjadi kebanggaan umat Islam apabila berjaya mempertahankan agama yang diancam oleh kerajaan Tzar di Rusia.
No comments:
Post a Comment